salam bloggers sekalian. :)
hari ini cik cumie tak berapa sihat..uhuk3. so tak kerja. duduk di rumah je. :)
kat rumah, semua tak ada..inche jimmy pun sudah berangkat pergi kerja.
*lonely*
memandangkan aku membesar dan dibesarkan dekat port dickson ni, so agaknyer memang aku dah tersuka dengan pantai la kut. ahahaha
tapi pergi shopping complex pun suka jugak! hehe
so hari ni dalam rancangan jelajah dunia. uhuk3..sangat tak best nama rancangan ni. kensel la.
cik cumie dah sediakan dan kumpulkan pantai-pantai terhebat dekat dunia. manyak santek wa cakap sama lu..gerenti lepas ni semua nak kapel dengan anak datuk. wahaha
*termasuk la gue* jadi minah indon kejap. xD
yang pertama..jeng jeng jeng..
Whitehaven Beach.
Queensland, Australia.
ni pandangan atas. tengok tu..macam corak kek pun ada. =.=
*lapa*
pasir yang memang putih gila sangat. sesuai dengan nama whitehaven tu.
huu..bilo la den nak sampai sini haa..
pantai sepanjang 9km diliputi pasir putih dan air laut yang biru lagi jernih bak kristal. haihh..berhampiran gunung berapi dan hutan hujan Whitsunday. jenuh aku nak menaip panjang-panjang ni. terbelit-belit ayat.
tempat kedua..jeng jeng jeng
ni memang feberet aku ni. nak pegi sini jugak. tak kira. nak kena carik anak datuk la macam ni. opss..tak leh la pulak. mampus inche jimmy i mengamuk kalau baca ni. ampunnn pakkk...
inche jimmy, nanti kita gi sini ea. muahaha..kena tunggu awak jadi datuk dulu la gayanyer. bukan datuk tua ea..datuk kaya.
*tapi ada ke datuk yang tak tua??* bhahahaha
Bora Bora Island
French Polynesia, Lautan Pasifik.
tengok tuu..mewah gila sangat la..mau tunggu aku kerja dapat projek juta-juta baru sampai sini.
ni The Hilton Bora-Bora Nui. hotel 5 bintang tuu..nak kena bawak duit ribu-ribu baru boleh datang sini taw. sekarang ni duit jutaria ada la. T.T
Bora Bora ni adalah salah satu daripada 118 pulau dalam lingkungan French Polynesia yang popular. Bora Bora jugak selalu dikatakan sebagai pulau tercantik di dunia.
huu..nak honeymoon kat sini. tak kira tak kira. nak jugak.
kumpul duit dari sekarang untuk lagi 7 tahun. xD
*wink wink*
ketiga..hurmm
Koh Samui,
Thailand.
ni pun nak kena duit berkati-kati jugak nih
=.=
manyak santek meh?
boleh tak nak buat tour around the world tengok pantai-pantai dalam dunia nih?
*erk..dalam mesia pun tak habis jenguk lagi, berangan nak keluar.*
Koh Samui merupakan pusat penanaman kelapa terbesar di dunia berhampairan dengan hutan simpan, air terjun, dan dikelilingi formasi batu-batan unik. Koh Samui di kononnyer pantai paling eksoti dalam Asia Tenggara. at least ade la jugak kan wakil asia tenggara? huhu
tempat seterusnya...jeng jeng jeng
Boulder's Beach.
Cape Town, Afrika.
african penguin (spheniscus demersus) yang jadi penghuni tetap kawasan pantai ni semenjak 1982 dan terus beranak-pinak dekat sini.
comelnye la hai penguin-penguin ni. agak-agak boleh tak aku maen kejar-kejar dengan dorang. selalu kat pantai PD ni aku kejar ketam merah tu je. ngee~
tengok tuu..siap ada papan tanda amaran kalau-kalau ada tourists yang tak perasan ada penguin beristirahat bawah kereta. ish3.
pantai terhebat yang kelima..
Cancun,
Mexico.
sapa yang gila tengok cerita mexico dulu mesti kenal tempat ni. salah satu pantai yang feymes dalam dunia. menggunakan konsep campuran tradisional dan moden. kalau tengok lanskap dia memang banyak elemen tradisional tapi di modenkan dari segi reka bentuk dan fungsi dia. hotel yang dibina banyak ikut binaan Piramidas bangsa Mayan.
*fuhh..the landscape architect in me speaking* LOL~
tapi..pantai ni TAK SESUAI untuk relaks-relaks ye. sebab aktiviti kat sini agak ekstrem lagi luar biasa. banyak parti bogel. aku rasa dekat mesia pun ada kalau nak tengok sangat. tak payah membazir duit sampai ke cancun ni.
sheeshhhh. ape la nak jadi.
lain-lain pantai yang best dan feymes juga. :))
Maldives Beach
tengok..siap ada underwater restaurant tau. gempak seyhh..mesti tip pun mahal.
ni Conrad Maldives Ithaa Underwater Restaurant. nama pun panjang berjela. pantai terbaik untuk aktiviti snorkeling. memang santek wa cakap lu.
tapi satu je aku risau..tak kena baham dengan jerung ke? piranha ke..
ish..tamau la snorkel-snorkel ni. baik snorkel kat perairan mesia je. selamat dari jerung dan piranha. huhu
:)
Molokai Beach.
yang ni port paling baik kalau nak bersukan ala-ala kembara. nak jetski-ing boley, kayak-ing boley, nak snorkel-ing pun boley.
Tahiti Beach.
pantai paling best untuk aktiviti meluncur atau kata mat salih, surfing.
ombak dia memang tinggi. ala-ala tsunami pun ada kut. aku memang tak berani la nak surf kat ombak tinggi macam tu. mau patah riuk aku kalau kena libas dek ombak tu. dah la aku ni kecik comel je. hehehe
*wink wink*
okeh..tu dia. khatam dah sesi pelancongan bersama cik cumie hari ni. malam ni korang berangan la pergi pantai-pantai ni yer. huhuhu. cik cumie nak start kumpul duit ni. ngee~
:))