::my followers::

Monday, November 29, 2010

botacin?? apakah???

salam perpaduan bloggers sekalian..pernah dengar tak word botacin tu apa??
pernahh takkk???? hurmm..aku tak sure mana datang word ni. ke aku yang pandai-pandai reka?
tapi macam sure je pernah dengar orang sebut sebelum ni..


botacin = botak + licin


haa..tu la dia. apsal wat entri pasal botak licin ni eyh?? saje je..datang angin terlebih rajin ni.
hehehehe. meh survey artis-artis barat kalau mereka botak lagi licin. ^.^








Carrie Underwood




Shakira



 Simon Cowell




Paris Hilton


Sanjay Malakar


Danial Radcliffe



Jessica Alba


ni pulak himpunan artis yang betul-betul pernah botak..hurmm..
not bad i guess? ada yang cun jugak kan? lol~


Natalie Portman..
ni contoh aktres yang kekal ayu even botak.
sweetkan?


Britney Spears
yang ni..botakkan kepala sebab dia dilanda angin tak betul.
ratu kontroversi la katakan..
huhu


Demi Moore 
beliau membotakkan kepala untuk filem GI Jane dengan memegang watak
Lt. Jordan O'Neil.


Halle Berry
yang ni lagi sorang actress yang botakkan kepala untuk watak dalam filem.
masa ni untuk filem Nappily Ever After yang akan datang.


p/s--> erk..korang pernah terpikir tak nak botakkan kepala?? 
          cik cumie pena..tapi bila pikir balik..tamau lah. hehehehe

Thursday, November 25, 2010

muslihat sebalik olimpik 2012

Masa aku dok sibuk-sibuk blogwalking an..
aku terjumpa blog best ni..milik inche syafiq ridhwan.
aku ter-kujat, ter-kesima, ter-nganga je bila baca entri-entri dia. huhuhu
salah satunya..yang ni. aku copy paste exactly dari blog beliau..

Petikan sambungan daripada Bradokapak

Salam,

Sekarang kita tinggalkan cerita mengenai World Cup. Mari kita masuk cerita mengenai sukan Olympics 2012. Memandangkan sukan ini belum berlangsung, maka saya hanya akan ulas serba sedikit sahaja. Selebihnya, kita perlu nantikan ia berlangsung dahulu atau anda juga boleh lakukan kajian mengenainya.





2012 = 2102 = ZION = ZION + IS + REAL = ZIONIS ISRAEL. Serangan ke atas Freedom Flotilla adalah 'presented' plan proksi Dajjal utk memerintah dunia, berpindah dr AS ke Israel sebagaimana pandangan Syeikh Imron Hussein. Konspirasi Allah akan musnahkan konspirasi Yahudi.
Sekarang lihat pula logo bagi sukan Olympics 2012 ini.


Jadi saya kita anda semua sudah tahu apa disebaliknya, tidak perlulah saya huraikan dengan mendalam. Jangan kita ditipu hidup-hidup sudahlah. Sekarang ni banyak orang bercakap hal-hal konspirasi, tetapi disebalik kata-katanya itu terselit konspirasi yang telah dirancang secara teliti. Dan ianya pula dibiayai oleh pihak-pihak tertentu bagi mencari sesuatu.
Tetapi ingat! Perancangan Allah adalah meliputi segala perancangan! Dan Allah lah sebaik-baik perancang! Tipu daya kaum kuffar dan pengikut-pengikut mereka akan jatuh juga satu masa nanti!

"Ketahuilah yahudi zionis ini sangat cekap dalam penipuan khususnya dalam menipu umat islam...”..


soo..camne?? korang terkesima tak??
nak baca lagi pasal fifa ke, dajjal kecil ke..
kindly visit blog inche syafiq ridhwan ni ea..

Wednesday, November 24, 2010

ways to make a girl smile (:

Every girl is different and and are pretty in their own way!
  1. Tell her she is beautiful
  2. Leave her voice messages to wake up to.
  3. Wrestle with her wrestling kaa?
  4. If you're talking to another girl, when you’re done talking, walk over….let her know she’s yours and they aren’t.
  5. Write her notes or call her just to say “hi”
  6. Introduce her to your friends … as your girlfriend.
  7. Play with her hair. free hair bole la.
  8. Pick her up (she loves it) 
  9. Get upset if another guy touches her and she doesn’t like it ada ke boyfie yang tak jeles?
  10. Make her laugh even benda tu tak kelaka pada korang, tapi we, girls find it laughable. :) b'coz she loves u.
  11. If she’s mad at you, apologies. a simple sorry can make her smile. tapi jangan la selalu sangat. later macam dah tak ada makna dah sorry tu. huhu.
  12. If you care about her, then TELL HER
  13. Every guy should give their girl 3 things: a stuffed animal (she’ll hug it every time she goes to sleep), jewelry (she’ll treasure it forever), and one of your t-shirts (she’ll most likely wear it to bed) or sweatshirts sprayed with your cologne!! and flowers or something occasionally. point paling penting. hehehe.
  14. Treat her the same around your friends as you do when you’re alone. it shows ur sincerity.
  15. Look her in the eyes and smile. 
  16. Hang out with her on weekends
  17. If your listening to music, let her listen too. duhh..sharing is caring. 
  18. Remember her birthday and get her something, even if its’n simple and inexpensive, if it came from YOU. it means all the world to HER. it's better to give something that lasts..kalau chocs, makan, habis. nothing's left.
  19. When she gives you a present on your birthday, or just whenever, take it and tell her you love it, even if you don’t (it’ll make her happy.) some girls are okay if you tell her the truth. like me i guess?
  20. Always call her when you say you will, it may not seem like it, but it does hurt her and makes her think you don’t care so call even if you can only talk for a minute. Girls don’t necessarily have to have hour long conversations every night but its nice for us to hear your voice even for a quick hello. dah janji, kena buat yepp.
  21. Give her what she wants kalau lebih2 tu..melampau la kan?
  22. Recognize the small things … they usually mean the most. so sweet!
  23. Hang out with her whenever you are free and u should be free to hang with your girlfriend all the time naa..all the time. rimas kot.
  24. If u care about her…SHOW her! absolutely!!
dicilok dari mana tah..aku pun lupa. hahaha
tapi..it's all true yep. :))
last but not least, a reminder..




credit to leilockheart. i love her piece so much! <3

Tuesday, November 23, 2010

I'm a Novemberian



Result: NOVEMBER i lovee november!
Banyak idea dalam perkara yessss..
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya a big yess jugak
Berfikiran kehadapan sometimes.
Berfikiran unik dan bijak really??
Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa kata nad, idea PELIKK!
Pemikiran yang tajam setajam pedang samuraikah?
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi PSIKIK MUNGKIN??
Bagus untuk jadi doktor naaa..tak minat
Cermat dan teliti sebab tu lambat. kan3?
Personality dinamik 
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia becareful yeah!
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra this is sooooooo trueee.
Berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran :))
Terlalu degil dan keras hati apabila hendak. i'll do what i wanna do.
Diusahakan sehingga berjaya 
Tak suka marah kecuali digugat 
Mudah ambil berat terhadap orang lain orang cakap aku terlalu baik. huh. =.=
Pandai muhasabah diri like.like.like
Cara berfikir lain dari orang lain 
Otak yang sangat tajam 
Pandai mendorong diri sendiri 
Tidak hargai pujian memang tak reti. haila..
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya 
Badan yang "tough" (sasa) ini tak setuju sangat. haha
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam senyum sorang-sorang
Romantik *wink wink*
Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang errr..
Suka duduk di rumah better. :)
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi ouhh lala.
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia 
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi ni memang fail
Bercita-cita tinggi yeahh..wish me luck! :))
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah seasonaly personality..huhuhu





tak dapat disangkal lagi.semuanya betul. =.=
hahahaha..

copy paste dari mukabuku

Thursday, November 11, 2010

kahwin awal?

salam semua..cik cumie dah sampai rumah subuh tadi.

hehehe
i found something on facebook. one of my friends had been tagged.
saja nak share dengan korang..bloggers sekalian. but..i also got my own opinion.



Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…



  • Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”
  • Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.
  • Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.
  • Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
  • Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
  • Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
  • Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
  • “Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
  • Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
  • Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
  • Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
  • Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

  • ‎Pernikahan menyelamatkan masyarakat daripada penyakit sosial dan akhlak. Ini adalah kerana kecenderungan kepada jantina yang berlawanan hanya dapat dikenyangkan dengan pernikahan yang syari’e dan perhubungan yang halal. Ini dapat dilihat apabila Rasulullah menyeru kepada pemuda dengan sabdanya : Wahai pemuda, sekiranya kamu mampu untuk bernikah, maka bernikah lah kerana ia mampu menjaga pandangan dan memelihara kemaluan”
  • Perkahwinan memberi pertanggungjawaban kepada lelaki dan perempuan untuk membina generasi baru yang bertaqwa. Ia tidak dapat dilakukan sekiranya pasangan itu hanya bertaraf kekasih. Lihatlah realiti sekarang, berapa ramai perempuan ditipu oleh lelaki setelah segala kehormatannya telah dirobek. Akhirnya perempuanlah yang membesarkan anak dan lelaki hanya berlepas tangan. Berlainan dengan perkahwinan yang meletakkan suami dan isteri untuk memainkan peranan-peranan masing-masing dalam membentuk dan mendidik anak-anak.
  • Pernikahan akan menjadikan setiap orang mempunyai pusat kasih sayang dan kecintaan iaitu pasangannya. Ini dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam surah ar-Rum ayat 21.
________________________________________________________________

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidakkah kamu tahu bahawa jika sesorang yang tidak bernikah mendatangi seorang wanita maka dia akan mendapat dosa? Maka sesiapa yang mendatangi perempuan sesudah bernikah sudah tentu mendapat pahala”.
Ini menunjukkan bahawa pernikahan adalah sesuatu perkara yang mulia dan mendapat tempat yang tinggi di sisi syariat Islam.
________________________________________________________________

Tidaklah Allah swt menurunkan suatu penyakit, melainkan IA juga menurunkan penawarnya, atau pencegahnya. Dan tidaklah Allah swt menurunkan suatu ujian, melainkan IA juga menurunkan jalan keluarnya. Dan Allah hanya menurunkan dua buah jalan keluar dalam perjuangan melawan hawa nafsu ini, yang pertama adalah menikah. Dan yang kedua adalah puasa, bagi yang belum mampu untuk menikah.“Menikah”, sebuah kata sederhana namun sarat dengan makna dan tanggung jawab. Menikah adalah impian bagi seluruh Bani Adam yang normal. Menikah adalah media penangkal hawa nafsu yang tak pandang bulu. Menikah adalah ikatan sakral yang menjadi anjuran Rasulullah saw dan Allah swt. Menikah adalah penawar bagi racun fitnah. Menikah adalah sepiring nasi lengkap dengan sayur, lauk, dan pencuci mulut bagi syahwat yang lapar. Menikah adalah segelas jus favorit bagi syahwat yang tengah dahaga. Menikah adalah rambu-rambu bagi syahwat yang melanglang buana.

okay..dah baca kan??
pada pendapat aku..benda ni semua terpulang kepada individu tu sendiri. tak semua couple yang kawin awal bahagia. and tak semua couple yang kawin awal tak bahagia, aki da jumpa banyak couple yang kawin awal.


yang bercerai berai. umur baru nak cecah 23, tapi dah jadi janda anak satu. husband lari ikut perempuan lain.
yang di gantung tak bertali. tengah berpantang anak kedua, husband bawa balik perempuan lain.
ni semua sebab ikut nafsu..tapi tanggungjawab takda. yang merana..pasangan masing-masing tu.
tu kes sama-sama muda.


yang kes perempuan muda..lelaki tak berapa muda. wife keluar dengan lelaki lain atas alasan kerja. hmm..sian husband dia. alasan, kawin awal tak puas enjoy.


tu yang tak ada rasa tanggungjawab. tapi if korang rasa korang bertanggungjawab, okay je kawin awal. macam kakak kawan aku. 22 da kawin..and sekarang happy je. :)
conclusion: depends on that particular person. you and your partner. okayy?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...