::my followers::

Saturday, July 16, 2011

bila kerja grouping tak macam kerja grouping.



assalamualaikum guys..
hari ni nak balik Seremban! oh yeah!!
ikutkan cuti seminggu..tapi....
*sob sob*
kitorang budak-budak landscape archi cuti beberapa hari je. sebab ada submission kerja on 22nd July. 
OMG..orang lain balik kampus 25th, kitorang je balik 22nd. tu pun ada yang balik lagi awal. 
*muka seposen mintak kesian*
kalau cuti beberapa hari balik melenggang tanpa 'supplement' tambahan tak apa.
ni ada pulak asignment lain yang agak berlambak ye. 
alaaa...msti ada yag cakap macam ni..
"orang lain pun ada assignment jugak..."
pedulik apa aku..meh masuk landscape archi try test dulu laaa..
tapi tak kesahh..i am happy this way. aku kan minah yang strong. kehkehkeh
ni pun studio dah kosong..tinggal la kami beberapa kerat je buat kerja. yang rumah dekat pulak over balik dulu macam duduk thailand, meninggalkan ahli group sendiri buat kerja sendiri.
sangat unfair. kalau korang buat kerja dalam grouping, lepas tu ada orang tak buat kerja tapi dapat markah sama dengan kau orang yang buat kerja separuh mati. apa rasa??
ada rasa nak bagi backhand tak? ke kuntau ke ape ke? 
geram kan? kalau aku la kan..aku biar je tak buat. biar sama-sama kena marah. tapi..
*berfikir kejap*
nanti markah aku pun efect jugak. macam ni la, kau buat kerja tu dengan orang yang nak buat je. yang TAK NAK buat tu..lantak dia. keluarkan nama dia dari group names. PADAN MUKA.
biar dia rasa langit tu tinggi ke rendah. tapi tu laa..susah la kalau baik hati macam aku ni..
*perasan jap*
tak sampai hati pulak nak buang nama dia. dah tegur banyak kali, macam tu jugak. tapi memang kena kutuk belakang la..biasa laa..perempuan kan. suka sangat main cakap-cakap belakang ni. cakap-cakap pun letak jugak nama dia. KESIANN...Korang yang baca ni, muhasabah diri, ada tak buat kerja group sama-sama atau tumpang senang je. buatnya orang yang buat tu tak halalkan markah korang dapat tu..haaaa
fikirla sendiri ye.

P/S--> susah kalau dapat groupmate yang tak boleh pakai ni. buat semak mata dengan otak je.

Sunday, July 3, 2011

jalan-jalan sampai lebam

assalamualaikum to all readers. :)
minggu lepas dah merantau ke merata-rata tempat.
trip studio weyh. mesti korang pelik je an bila dengar aku nak mention nama-nama tempat yang kitorang pergi. 
hari pertama, 26 Julai 2011 kami bergerak ke Genting Highlands dengan menaiki bas Uitm terchenta. huhu
sampai sana dalam pukul 3. naik skyway..tapi malang jugak la sebab sampai sana hujan. huhu
kena tunggu sampai pukul 4 or 5 samtu baru boleh main rollercoaster sume. malam tu pun still jalan-jalan lagi keliling plaza. dinner kat kfc je. huhu..dengan inche jimmy and fea. fea jadi photographer tak bergaji kitorang jela. keh3..sorry fea. :)
shopping-shopping sket..balik tidur sebab karoeke jamban dah tutup. nak masuk room, tapi tiga orang je. malas laa..tidur lagi baik. esok paginya tu dah nak gerak ke kuala gandah. tengok gajah. 
gajah kat sana memang comel. huu..merasa la naik gajah, mandi gajah, bagi gajah makan. ada anak gajah tu suka makan gula-gula mentos weyh. huhu..bagi makan kacang. dia sedut kacang guna belalai. rasa macam vacuum ke. yang gajah besar bagi makan tebu. tu pun pandai gajah ni..orang hulur tebu dia ambil je semua campak kat bawah. means dia kumpul dulu la bagi banyak. tamau gajah lain ambil yang kitorang bagi. :)
masa mandikan gajah, aku tak join. tolong pegang barang-barang oang lain je. tolong rakam video inche jimmy mandi dengan gajah. hahaha..kelakar. comel gila anak gajah tu. nama dia sanum. sanum ni tak ada ekor sebab kena serang dengan harimau masa dalam hutan dulu. kesian sanum.. :(


sebelum mandikan anank gajah tu, kitorang kena wat keje dulu laa..wat inventori dengan analysis pasal site kuala gandah elephants sanctuary ni. tapi aku handle pasal data collection je dekat information centre dia. sedangkan orang lain sedang sibuk mengukur site segala bagai. keh3
ari kuala gandah kitorang ke janda baik. saja spend time kat sana. ada bbq malam tu..tidur dekat centella asiatica. dia macam homestay laa..cantik weyh. ada tasik kat depan. pastu belakang homestay ada sungai. best gila laa..lecturer aku sibuk suruh kitorang berkemban ramai-ramai mandi tepi sungai. tahpape an? hahaha
tapi memang enjoy la..even masa mula-mula aku keberatan sebab teringat kenangan dengan cik nad and cik za masa trip kitorang ke genting masa dekat matriks dulu. :(






lagi satu ni berita sedih..sorang budak studio aku accident kelmarin. teruk jugak la. tulang kepala dia retak. esok dia terpaksa jalani pembedahan nak betulkan retak dekat kepala dia tu. doakan dia selamat ye. semalam kami ramai-ramai melawat dia dekat hospital. 



 lepas melawat dia, kitorang singgah ipoh parade. shopp-ing! gila betul aku. haishh..rambang mata habis la. paling tak boleh tahan, inche jimmy sorang ni. akhirnya dapat nike air max idaman. hahaha..bila keluar je mesti tengok kasut. setiap kali. =.=
sampai aku pun dah tersuka kasut. :) 




 p/s--> he bought me a domo. thank you! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...