lama dah menghilangkan diri. bukan sengaja pun. busy..bila tak busy connection wifi plak cam sengal. this is my first entry for this month. an entry per month la kot. hahaha
seperti title kat atas tu, rasanya semua orang tahu kan pasal red velvet cupcakes ni kan? kalau tak tahu meh usha jap.
RVC ni actually kek coklat yang diletakkan pewarna merah. kek ni mahal sebab topping dia tu. cheese pulak kan. kalau kat klcc, seketul cupcakes ni RM5 tak silap aku. my bestie anis iriane yang kat mesir tu yang introduce kat aku pasal kek ni. tengok gambar je pun dah terliur weyhhh. hadoyaiii.
she did bake those cupcakes. and i wanna try it too.
tapi..sebab-sebab yang tak dapat dielakkan ni membuatkan aku termati hajat. bole ke ayat ni? ahh, hentam jela.
takde masa la sekarang. dah masuk final project punya phase. sem i ada 3 final project untuk 3 subject core. haiyakkk!
teringin nak bake those cuppy cakes untuk inche jimmy sebab kek tu warna merah, inche jimmy suka warna merah. merah melambangkan chenta. wallaweyhhh..tapi betol la kan?
tak apalah, nanti cuti sem saya bake cupcakes untuk awak, okay?
for those yang nak try dulu..silakan
i got the recipe yang simple. kot.
pekata korang try dulu pastu bagitawu i. okay? bolela ea..hehe
Bahan A - Untuk diayak bersama.
250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder
Bahan B -campur dan kacau sebati.
240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah
Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.
Bahan C -
113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla
Bahan D -
1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda
Topping - Cream Cheese Frosting.
227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream
Jom buat kek.
Pukul butter selama dua atau tiga minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Kalau tak sempat nak dedahkan butter. Potong butter dalam bentuk kiub kecil-kecil untuk mudahkan butter kembang dengan cepat. Kalau dalam masa dua atau tiga minit masih belum kembang. Tambah seminit lagi.
Seterusnya. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih. Jangan pulak terlebih-lebih. Setakat satu minit atau beberapa saat cukuplah.
Masukkan telur satu persatu. Pecahkan telur sebiji. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian pecahkan satu biji lagi. Pukul lagi dalam masa tiga minit.
Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.
Bahagian yang penting. Sila baca dengan lebih serius. Arahan ni. Jangan main-main. Sambil buat muka comel. Ewah.
Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan.
Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
Tuangkan ke dalam cawan kek yang korang dah beli tu. lagi comel lagi menarik ye tak? huhu
Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius.
Selepas menutup suhu oven, saya biarkan kek selama 15 minit dalam oven. Ini dek kerana terikut-ikut dengan kaedah membakar ciskek. Abaikan pun tak apa.
biarkan kek tu sejuk sambil membuat topping cream cheese.
Cara-cara membuat Topping Cream Cheese.
Sebaiknya dedahkan cream cheese pada suhu bilik untuk memudahkan kerja bila nak pukul nanti.
Pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 5 minit.
Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai mereka sebati.
Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.
Sekiranya adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.
lepas tu hias la atas cupcakes korang yang dah siap bakar tu. kalau nak comel, tambah la stawberry ke, chocolate rice warna merah ke or apa-apa yang korang suka lah.
okay, sekian terima kasih. doakan saya berjaya buat cupcakes ni nanti. hahaha
belum buat tapi dah review pasal kek ni an? xpelaaahhhh. :)
images credit to: inche google
recipe credit to: aku tak ingat la address dia, tapi one of the bloggers jugak la.