::my followers::

Thursday, August 30, 2012

perfectly imperfect

note to self. 


p/s --> feel like crying when i read these words. thanks to you. yes, YOU

Sunday, August 19, 2012

Vanilla Coklat Raya mengundang emosi pulak

entri malam raya kedua. bila raya tv memang akan ada banyak siaran menarik.
so tadi baru je lepas tengok Vanilla Coklat Raya. Vanilla Coklat je siri tv yang aku tak pernah miss even tengah sibuk buat esaimen dekat kampus. entah la, sebab jalan cerita dia general. yang most of the young couples nowadays pernah lalui. except kahwin paksa tu la kan.

lepas tu semua duk melepaskan rasa dekat twitter. termasuk la tuan empunya blog. hihi

komen saya selaku penonton perempuan. lelaki memang macam tu kot. haha. selalu ambil remeh benda kecil. tapi perempuan ni detail, so benda kecil macam mana pun still matter to us. contoh macam zara merajuk, lari rumah family dia. amir call just untuk tanya kemeja kuning dia dekat mana. selalu perempuan mesti la nak dengar ayat-ayat caring lelaki. susah ke lelaki nak faham? tapi apa yang terjadi dalam jalan cerita tu pernah la jadi kat aku dan kawan-kawan rapat aku. so i know how it feels. for sure perempuan lain pun tahu macam mana rasa kalau boyfie or husband kita layan perempuan lain dengan baik sedangkan kita depan dia macam tak ada je. lepas tu selalunyaaa, perempuan akan cakap benda yang berlawanan dengan apa yang dimaksudkan. contoh macam izara tadi, dia taknak bercerai dengan amir and hope amir cakap yang taknak berpisah tapi instead of saying that, dia cakap terima kasih sebab bagi kerjasama sign surat cerai tu. perempuan pun ada ego. so guys be careful. girls sometimes way more complicated than maths. :)




selamat hari raya buat semua.

assalamualaikum.




selamat hari raya aidilfitri buat semua umat Islam seluruh dunia. semangat raya semakin lama semakin pudar sebab dah menginjak dewasa la. kalau tak dulu kecik=kecik lepas semayang raya je terus berkumpul dengan geng nak terjah rumah jiran tetangga. sekarang tak dah. pergi beraya pun dengan family je. geng semua balik kampung, yang tak balik raya pun ada. raya di perantauan. rindu mereka. sesiapa yang nak merasa makan red velvet cupcake aku buat jemputla datang raya. hari ini je tau.



Thursday, August 16, 2012

tragedi hari raya : tertukar baju raya

assalamualaikum guys.

semalam aku selamat dah menjejakkan kaki ke rumah tersayang untuk cuti raya ni. tapi malangnyaa bila baju raya dah ditempah awal seawal sebelum bulan puasa tu tertukar dengan baju siapa entah. inilah susahnya kalau duduk jauh dari family. my mum pulak tak cam baju aku yang mana satu. dah la sebelum ni bertekak dengan aunty tukang jahit tu sebab kain yang aku beli tu jarang, so i requested to do some lining sebab nanti orang tak jadi nak raya tengok baju i. boleh pulak dia kata tak payah. pakai inner je kat dalam. kain tu tak nampak jarang and whatsoever. tapi aku paksa jugak my mum bertekak dengan aunty tu sebab aku masa tu dekat perak. in the end, semalam baru aku ada mood nak tengok baju tu dalam almari. terkujat gila sebab tu bukan kain yang aku beli untuk buat baju kurung. kain yang aku beli tu glamour sebab ada banyak labuci. kain yang aku dapat tu tebal memang tak payah buat lining pun. so maknanya dekat situ, memang dari awal sebelum baju tu dijahit aunty tu dah salah potong. kain orang lain dia buat baju ikut saiz aku. serius hodoh warna dia. dah la aku tak minat hijau tua macam daun mangga tu. my mom kata maybe aunty tu dah nyanyuk  sebab umur dia dah berpuluh-puluh dah. dah la tambah extra charge sebab dia kata kain yang aku beli in the first place tu susah nak jahit sebab banyak labuci glamour. heeee..nasib ada baju raya back up even tak se-glamour baju yang aku idam-idamkan.


ni baju yang aku dapat

p/s : still dalam mood geram.

Wednesday, August 8, 2012

baskin robbin free.

assalamualaikum.

ada sesiapa yang pergi berjaya dapat baskin robbin free? 

berapa jam anda semua beratur?


Platinum Walk Danau Kota by Mahadi Mahbol
p/s ---> paling kurang 2 jam agaknya. 

Monday, August 6, 2012

hikmah berpuasa menurut sains

assalamualaikum.

salam Nuzul Quran buat semua. :)
alhamdulillah masih berpeluang merasa hikmah ramadhan tahun ini. 

kenapa kena berbuka dengan buah kurma?

“Apabila seseorang dari kalangan kamu berbuka, maka hendaklah dia berbuka dengan tamar. Jika dia tidak ada, maka hendaklah dia berbuka dengan air kerana ia adalah penyuci.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud, kitab Puasa, nombor 2355 dan At-Tirmizi, kitab Sedekah, nombor 658)

tamar dikira sebagai makanan yang paling kaya dengan glukosa lantas dikira sebagai makanan terbaik kepada tubuh pada ketika itu. ia mengandungi kadar nisbah gula yang tinggi iaitu sekitar 75% - 87%  bersamaan 55% glukosa dan 45% fruktosa. fruktosa kemudian akan bertukar kepada glukosa denagn kecepatan tinggi dan akan menyerap secara langsung melalui sistem penghadaman bagi melegakan kehausan tubuh badan.

puasa menjadikan kita aktif.

hasil kajian Dr. Mac Fedan (salah seorang ahli perubatan antarabangsa): 

setiap manusia memerlukan puasa walaupun dia tidak sakit kerana toksin-toksin dalam makanan dan ubat berkumpul dalam tubuh lalu menjadikannya seperti orang skait dan memberatkannya lantas kecergasannya berkurang. apabila seseorang berpuasa, dia akan terlepas dari bebanan toksin berkenaan dan akan merasai kecergasan dan kekuatan yang tidak dialami sebelum itu.

puasa juga boleh mencegah penuaan.

menurut sebuah majalah Britain ' Nature ' mendedahkan tentang kajian saintifik yang menunjukkan berlapar yang terancang atau separa (puasa) akan membawa kepada kecergasan gen-gen yang bertanggungjawab merembes hormon-hormon yang akan membantu sel-sel menentang proes penuaan terhadap manusia serta akan menanbah keaktifan dan kecergasan tubuh.

beberapa cendiakawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa antaranya secara dibawah :

Allan Cott, M.D - seorang pakar dari Amerika menghimpunkan hasil kajian dan penelitian para ilmuwan berbagai negara lalu dibukukan dalam buku ' Why Fast ' 

  1. merasa lebih baik secara fizikaldan mental
  2. melambatkan proses penuaan
  3. membuat seseorang merasa lebih muda
  4. membersihkan badan dari toksin
  5. menurunkan tekanan darah dan kadar lemak
  6. membuatkan badan lebih sihat secara semulajadi
  7. mengurangkan tekanan
  8. menajamkan deria rasa seseorang
  9. memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...