::my followers::

Thursday, September 27, 2012

personality test which are so true.


assalamualaikum peeps and good evening. malam ni ada kelas terakhir dan submission assignment yang terakhir untuk sem ni. hooyeahhh! dah siap dah semua tu. and most of all people likes it so mcuh. hehe 
tadi jalan-jalan dekat blog ex-schoolmate, Najiha. she tried a simple personality test and tetiba rasa macam nak buat jugak. so here's my result. :) 

Your view on yourself:

Other people find you very interesting, but you are really hiding your true self. Your friends love you because you are a good listener. They'll probably still love you if you learn to be yourself with them. I totally agree this.


The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes. I''ve found one. he seems serious, but he's not actually and he's really determined. i love that. :D

Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you meet that person.

The seriousness of your love:

You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?
auwww..aku memang sangat suka menggatal dengan inche jimmy. hahaha. but..secret admirers? wauuu.

Your views on education

Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can. yeah right, babyy.

The right job for you:

You have plenty of dream jobs but have little chance of doing any of them if you don't focus on something in particular. You need to choose something and go for it to be happy and achieve success. hurmmmmmm.

How do you view success:

You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying. yes I am. thank you. :)

What are you most afraid of:

You are afraid of having no one to rely on in times of trouble. You don't ever want to be unable to take care of yourself. Independence is important to you.
damn true too. aku paling tak suka nak susahkan orang.  

Who is your true self:

You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve. oh my.

walla, semuanya betul. all of those comments really reflects myself. except yang "you'll always have admirers hanging off your arms." yang ni aku rasa macam over exaggerated je. well, u olls boleh try quiz ni dekat sini okay. that's all for now. see ya. :)

Tuesday, September 25, 2012

you've been hacked!

assalamualaikum and hye peeps. to all my followers, saya dah tukar url that is,



i've been hacked recently. phewww. tapi tak pelah sebab aku dapat recover balik benda tu. i think SHE'd  just randomly pick up a blog out of nowhere. unfortunately, aku pulak yang kenakan? tapi those words yang dia display kat blog aku tu memang agak kurang hajar la kan. i've seen several blogs yang kena hack jugak tapi aku rasa those hackers tu lagi bermoral la kot. macam kat bawah ni. at least tak adalah aku hangin sangat. lupa pulak nak printscreen view masa blog aku kena hack tu. gelabah tapi tak la panik sangat sebab aku tengah panik pasal board final project yang nak kena present semalam.


  tapi aku tak la kata perempuan yang hack aku tu teruk, kalau tak mesti aku tak akan dapat balik recover macam ni. aku post kt page dorang tapi masa tengah hangin tu. tapi marah-marah aku pun aku still jaga adab and bahasa sebab kita sedang berurusan dengan orang. lagipun, i've been trained to mind my words before i spit them out. tapi dia suruh aku pergi kat group page dorang plak. nak suruh aku join dulu ke apa?

so i am here to remind all of you, bloggers. check back your security level. kalau boleh password tu buat la panjang berjela yang tak boleh orang nak teka. i've got my lesson. haha..dulu malas gila nak fikir banyak pasal keselamatan blog ni sebab aku blogging for fun. :)

p/s--> i used to admire those person who have awesome ability regarding to the internet. for good instance of course like a friend of mine yang hack someone's facebook account in order to take down that account sebab dia dah tak ada and no one knew his password. 


Sunday, September 16, 2012

silence is not good sometimes


menjelang final


Dear readers,
Assalamualaikum and good morning/good afternoon/good evening (potong ikut kesesuaian).
Bhahahaha. Minta ampun lah ye, pagi-pagi buta ni agak biul-biul sikit. Minggu lepas, aku sebenarnya dah masuk final project dah. Harap maaf sebab kurang bagi perhatian dekat blog ni dan juga blogger-blogger yang rajin bw ke blog aku ni. Kalau ada masa lapang Insya-Allah aku akan lawat dan jawab pertanyaan korang.

Macam biasa, bila masuk final project, jiwa kami anak-anak landscape architecture UiTM Perak,akan kacau-bilau, resah-gelisah dan gundah-gulana.masa nil ah ada perasaan dengki dan tak puas hati dengan boyfriend sendiri sebab dia dah siap master plan dulu. Sangat tak aci. Huuhh. Sayang-sayang jugak, kalau belajar kena bersaing. Keh3. Maaf la inche jimmy, kalau saya selalu pandang master plan awak dengan pandangan tak puas hati!  So, saya mengharapkan kamu-kamu dan kamu sekalian mendoakan yang saya dan inche jimmy saya akan berjaya dalam melaksanakan projek terakhir untuk sem ini. Aminn. Lepas final presentation nanti, aku janji akan cerita pasal hal-hal lain.

Wednesday, September 12, 2012

Wasiat ibu solehah

wasiat seorang ibu solehah pada zaman kegemilangan Islam.
Mari hayati pesanan isteri 'Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
"Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu." 

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:
  • Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
  • Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.
  • Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada 'dua bahagian muka syiling'. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.
Saya sering mengingatkan diri sendiri sebagai isteri dari muda hingga sekarang dan masih sangat mempercayai bahawa:
"Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif."

Wednesday, September 5, 2012

perempuan yang bergelar ISTERI



1) Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.
2) Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah
3) Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.

4) Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
5) Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir).
6) Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
7) Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...