::my followers::

Monday, February 4, 2013

Nak Jadi Apa Kau Ni?

assalamualaikum!

pernahkah anda dan anda semua terfikir hala tuju dan matlamat hidup anda?
contohnya macam, nanti dah habis belajar nak kerja apa? atau nak sambung belajar, atau nak ambil jurusan lain?

aku memang seorang yang suka plan jalan hidup aku. mungkin aku boleh di kategorikan sebagai budak skema kalau pada pandangan pertama anda. tapi aku taklah se- skema yang korang fikirkan tu. aku remaja nakal masa zaman sekolah. walau berperwatakan sopan dan pendiam di mata cikgu-cikgu sekolah. walaupun pernah menyarung pakaian Pengawas. mungkin aku lebih berpegang pada idiom yang aku belajar masa tingkatan satu dulu.


"All work and no play, makes Jack a dull boy"
mungkin itu sebabnya senakal mana pun aku dengan kawan-kawan aku, kami tetap utamakan pelajaran. biar nakal, janji skor. pernah masa tingkatan 3, kena marah dengan cikgu sebab baju pengawas tak mencerminkan attitude pengawas sekolah langsung. dengan ponteng kelas, lepak dalam bangunan tersorok area bengkel Kemahiran Hidup. tapi aku bangga sebab semua geng aku yang nakal ni, naik pentas ambil transkrip PMR. cikgu pun tak dapat nak bagi kata nasihat macam,


"itulah awak, dulu cikgu mengajar awak ponteng"
muka-muka pentas zaman tu
sambung masuk maktab, kembali perangai lama. even dah tak pakai seragam pengawas. sebab dah serik, ustazah kata tanggung dosa tak jalankan amanah sekolah. dari tanggung dosa, baik aku jadi budak biasa sahaja. malang jugak, sebab geng nakal aku masih dapat maktab yang sama dengan aku. jadi, kenakalan tu masih tak dapat nak buang. teringat masa aku dengan geng aku 'fly' solat jemaah di surau. sudahnya kena cekup dengan DC (Dorm Captain). kesian jugak bila teringat minah tu menangis sebab nanti dia yang kena marah dengan warden sebab tak buat kerja betul-betul. maybe sebab kami licik buat trick masa dia clearkan dorm. *gelak hambar*

lepas geng nakal aku keluar maktab sebab masalah dengan warden, aku pun tone down. dah tak nakal. geng buat jahat dah tak ada. lagipun semua nak fokus SPM. tone down pun, kena jugak denda lari padang tengah-tengah hari buta sebab pakai baju sekolah government. means pakai baju sekolah biasa. (kain biru, baju putih) sebab budak MRSM baju warna lain. baju peach kain coklat. tapi sebenarnya tak salah cuma kami sekelas pakai macam tu. termasuk ketua PRS and barisan-barisan LDP kelas aku. ketua BWP tak pakai sebab dia tau risiko. even kena cop as budak nakal, tapi aku enjoy. sebab tu pengalaman. orang lain tak ada pengalaman yang aku ada. orang lain tak rasa apa aku rasa. bila teringat balik, otai jugak aku zaman sekolah dulu. tapi cikgu tak tau sangat. sebab semuanya terjadi belakang cikgu. lepas tu pandai trick kot. *senyum sendiri*


nampak tak nakalnya kat situ. heeee.
bila dah masuk diploma, dah tak nakal. jadi invisible je. tapi sekarang, dah nak habis diploma dah. aku still tak tahu hala tuju hidup aku. nak sambung degree Lanskap ke? ke nak ambil jurursan lain? ke tak nak sambung dah? tak boleh sebab dari kecik dah nekad nak sambung belajar setinggi yang boleh. dulu cita-cita masa sekolah nak jadi arkitek. sekarang kira okay la ambil jurusan Senibina Lanskap. at least kalau kerja nanti boleh dapat title 'Landscape Archtect'. dulu macam tak nak fikir lagi. kononnya awal lagi. sekarang dah nak final project dah. pejam celik je dah nak grad. nak tak nak kena fikir. kawan aku kata aku suka elak masalah. means, lupakan dulu masalah tu, sampai dah agak-agak terpaksa fikir baru fikir. betullah tu. susahnya jadi dewasa ni. banyak kena fikir. korang pernah terfikir tak hidup korang lagi 10 tahun or 20 tahun akan datang? kerja apa, hidup susah ke, senang ke, menyesal ke tak atas kesalahan-kesalahan lampau korang tu. bila aku fikir, jadi takut weyh. seriously.


p/s--> nak sambung degree Landscape jugak or what? dilemma. itu je cerita dia sebenarnya. btw, thanks for reading. i love you guys! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...