::my followers::

Tuesday, August 3, 2010

beza pelempang, penyepak dan penampar

apa motif entri aku kali ini?
entahla. cuba untuk mengisi masa lapang mungkin. kredit to senior ku falihin jasmi.
terbaca status fb dia yang bertanyakan perbezaan tiga istilah ini.
pelempang, penyepak dan penampar
mengikut rujukan kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke empat
penyepak dan penampar mempunyai erti yang sama iaitu pukulan menggunakan tangan.
pelempang pulak, maaf.
tidak dijumpai. bahasa pasar mungkin?
selain berbeza dari ejaan dan sebutan, apa lagi perbezaannya??
kesakitan yang dilalui mungkin? hahaha
istilah penampar jepun. kenapa istilah itu di ilhamkan?
hebat sangatkah penangan penampar orang-orang jepun zaman dahulu kala ketika mereka menjajah tanah melayu?
ada sesiapa nak bagi komen? 
istilah pelempang bisu pulak. gerenti bisukah jika terkena pelempang tersebut??
hahahaha
entahlah. sekadar menjadi medium untuk aku bebelkan pada pagi yang buta ini.
maaf, putus fius sebentar.
sesiapa yang terasa ada idea bernas..sila tinggalkan di ruang komen.
tak kisah lah idea masuk akal atau tidak.
aku memang suka merapu, merepek ni. ngee~
sekain, terima kasih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...