::my followers::

Sunday, September 8, 2013

New semester in a new environment

Assalamualaikum peeps,

Lagi sebulan aku meninggalkan blog ni tanpa berita. so sorry..been very busy all this time. Now I'm officially a student again. Even dah biasa duduk hostel but still, bila dah lama kat rumah..once kena berpisah semula dengan parents and katil tercinta, sedih jugak. Tapi alhamdulillah I got my former classmate in Perak as my new roomates here. Plus, ada sorang kawan jimmy dari perak jugak tapi dulu dia kos lain. Best Student Town Planning okay. so lepas ni ambil aura dia nak jadi best student. hahahaha.

Aku stay kat Kolej Anggerik, bilik okay..lebih kurang macam bilik berempat dekat Seri Iskandar dulu. Tapi..aku tak berapa suka toilet kat sini. Macam setting movie Dark Water. You know what I mean kan? it's a bit scary and old. Tempat basuh baju dia..aku rasa aku tak sanggup nak letak baju aku atas tempat basuh tu. Macam berlumut and kotor. I guess, kena ajak budak aras bergotong royong cuci toilet sampai berkilat. baru 22 jam kat UiTM Shah Alam ni. Tapi alhamdulillah aku jenis tak kesah pasal tempat baru. so I can sleep soundlessly even baru first time. ingat lagi member semua jealous sebab aku jenis letak kepala kat bantal terus lelap. haha. kalau mereka-mereka tu jenuh nak guling-guling kiri kanan baru boleh tidur. 

bila teringat perak, teringat ada dua kali je duduk bilik yang happening. first masa part one. bilik dengan mimi and mas. and then bilik lea, cip, ain and asma. aku menumpang je kat situ. kira pendatang haram la but still kitorang mesra gitu. ish rindu mereka semua. esok daftar kat fakulti pula. hope semua berjalan lancar lah ye. bersyukur dapat peluang sambung belajar ni. Later I'll update pasal life and my works here. 

thanks for reading guys. :)

P/s---> mula-mula nak attach gambar, tapi jadi malas pulak. sorry!

Wednesday, August 21, 2013

Dilemma

Assalamualaikum,

it's been ages since I last update. haha. Ages la sangat. Hiperbola melampau. Raya dah pun menjelma dan bakal berakhir tak lama lagi. tahun ni aku tak ada entri raya. Maafla. Just aku ucapkan Selamat Hari Raya. Tahun ni raya aku tak berapa nak meriah. Entah la kenapa..sebab aku bekerja kot. banyak benda nak fikir. Nak masuk degree lagi. Hidup aku memang penuh dengan dilemma. Habis satu dilemma, muncul dilemma lain pulak. Cerita basi, ingat tak last time aku punya kepoh pasal nak futher degree or not? yaa..I applied for it. masa tu, dengan penuh yakin aku rasa aku dapat sambung Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap (Kepujian) UiTM. 

Tapi bila check kat portal. Nama aku takdo. Boleh kome bayangkan tak apa aku rasa masa tu. Hahaha. Udah le tengah kerja time tu. On the way balik kerja, rasa nak nangis telefon inche jimmy. *sebab dia dapat* punah segala harapan nak berjaya sama-sama. kah3

Lastly, dia tolong check kan, sebab dia tak percaya dengan aku. Dia kata aku ni bukan betul sangat. careless! At last dia kata aku dapat. Aku ingat dia saja nak prankkan aku. Nak jaga hati ke apa. Rupanya aku salah check tadi. Punya gelabah sampai salah klik keputusan pilihan pengajian. I was so happy at the moment. 

Tapi sekarang kembali serabut otak memikirkan yuran yang nak dibayar, nak apply Yayasan ke nak pinjam PTPTN. PTPTN menjadi isu besar sekarang. Diploma dulu dah ambil PT. takkan degree nak ambil lagi. Tapi tu jelah pilihan paling mudah. Mudah sekarang, tapi tak tahulah masa depan nanti. Kalau apply Yayasan Negeri Sembilan dan seangkatan dengannya kena tunggu 3 bulan. 3 bulan tu bukan confirm dapat pun. It's whether yes or no. Dalam masa 3 bulan tu, aku rasa malu pulak kalau nak mintak duit mak ayah. Family aku bukan senang sangat pun. Yuran and kolej semua tu I can use my own money. ada la simpan sikit duit gaji. Arghh. Dilemma. 

p/s---> thanks and sorry for those yang menjengah ke sini. I don't have enough free time nak jenguk semua balik but I'll make myself free sometimes in the future. :)

Wednesday, July 10, 2013

Entri Kosong

Assalamualaikum.

hampir dua bulan menghilangkan diri. dua bulan yang rasanya terlalu cepat berjalan. masa semakin laju. tanda-tanda akhir zaman yang pasti. dua bulan. apa ada dengan tempoh dua bulan? banyak benda boleh terjadi dalam dua bulan. yang pasti kita sudah menjejak Ramadan, terasa baru sahaja bertemu Ramadan yang lalu. jujur kata, puasa yang dulu ganti di hujung waktu. lalai seketika dengan duniawi. tamat belajar, cari kerjaya. walau tak sehebat dan setaraf diploma yang dimiliki. cari pengalaman kata orang. jadi pembantu di kedai gambar. persiapkan diri untuk menghadap ijazah juga sebenarnya. 

lain orang, lain rezekinya. gembira mendengar salah seorang sahabat bakal terbang beberapa hari lagi. sambung belajar di Aussie. seronoknya. satu persatu teman rapat terbang ke luar negara. terus-terang gua bilang, ada sedikit cemburu disitu. *mengeluh*

siapa kata gua tak ada cita-cita untuk sambung belajar di luar. ada. tetap ada. tapi mungkin tak cukup usaha dan rezeki. selesaikan perkara yang lebih penting dahulu. dan mungkin aku risaukan diri yang bakal menangis rindukan tanah air. *senyum*

walau dah bertahun-tahun dilatih belajar jauh dari rumah tapi masih di dalam Malaysia. berkongsi cuaca, garis masa yang sama, pasti ada sedikit gentar kalau di luar, tak dapat aku bayangkan keadaan diri nanti. 
kuatnya sahabat-sahabat yang di perantauan. lebih kuat yang tak pernah pulang ke tanah air. yang tak balik beraya bersama keluarga. yang kurang berada untuk beli tiket flight. kalian hebat. 

selamat berpuasa. Allah itu sentiasa ada bersama kita. :)

Sunday, May 12, 2013

For the special someone..

Assalamualaikum.

Maaf lama menghilangkan diri. Mencari masa untuk diri sendiri. :)

sem ni tak ada post pasal result saya. sebab dah bosan nak cerita. in the end, alhamdulillah tamat Diploma Seni Bina Lanskap dengan jayanya. sekarang masih nak teruskan pencarian ilmu. 
hari ini hari ibu untuk seluruh dunia. bersyukur sebab masih ada insan bergelar seorang ibu dalam hidup aku ni. walau aku bukanlah anak mithali, tapi aku still berusaha ke arah itu. amin. 

here's a poem  untuk that SPECIAL SOMEONE.

Should all the water in the world run dry,
Should all the skies be no longer blue,
Should all the birds refuse to fly,
I know that I stll have you..

Should all the others love me no more,
Should all the truth be no longer true,
Should all the star are gone for us to adore,
I know that I still have you..

Should there be no mountains,
Should flowers wave for precious dew,
There thick and thin I am certain my dear,
For all your hardship,
I thank you.


I love you, ibu.

Friday, April 19, 2013

Being a girl

Assalamualaikum!

after 14 weeks berhempas pulas. Alhamdulillah, I am HOME. actually sudah beberapa hari di rumah. tapi mood nak bermalas-malasan tu masih tebal. barang-barang yang dah selamat diangkut dari Perak pun belum habis kemas. ouh, just put that aside first.

there's something I wanna share with you. yes YOU. If you are a girl.


I wish every girl knows that she is beautiful, internally and externally.  
I wish every girl should know, if she wants an imam, she can always go to the nearest masjid and pray together. Or she can ask her father or brother to be her imam.
I wish every girl should know if she wants to eat delicious food, she can always go to the nearest restaurant.  
I wish every girl should realize, if she wants a really nice home cooked food, she can always learn how to cook.  
I wish every girl should know, if she wants to be pampered, she should go to the spa or get a massage.  
I wish every girl should know, if she wants to splurge, she has to work hard to earn the money.  
I wish every girl should know, if she needs help, she can always call the mechanics, the plumber, the technician, doctors and so on.  
I wish every girl should know the importance of being independent.  
I wish every girl should know, if she wants to be loved, she doesn't have to look far. All she needs to do is just look within her and she will be loved.
and I wish I am that girl. 
because if she expects others to love her, than the hollow feeling in her heart can never be filled. 
I wish every girl in this world is being programmed to feel this way. So that we won't be an idiot or a slave for love or addicted to man to define her self worth, or being so clingy because of the fear of dying alone. 
Every girl should take a good care of herself.
-Arlina Arshad
here's a facebook status from my friend. my ex classmate actually. the one I've known from my high school. those words are hers. aku cuma tambah gambar-gambar tu nak bagi menarik. pheww. aku setuju dengan dia. sebagai perempuan, kita tak boleh sentiasa lemah. memang Allah ciptakan perempuan sebagai kaum yang lemah. aku yakin maksud Dia disitu, kaum yang lemah berbanding lelaki. aku cukup pantang kalau ada perempuan yang tak boleh buat apa-apa langsung tanpa bantuan lelaki. yelah, macam nak beli makanan. tunggu boyfriend orderkan. kalau boyfriend tak order, mati kebulur la kau kat situ. tak perlu manja sampai melampau macam tu. lelaki akan anggap perempuan macam ni lemah. tak pandai jaga diri. 
aku bukan cakap saja-saja. sebab aku pun dah pernah rasa. 

so girls, take this as a free advice. so long. :)

Friday, March 1, 2013

Ten Ways To Have A Good Day

ONE
start it with coffee


TWO
take a hot shower


THREE
wear something that makes you feel good


FOUR
smile at everyone you meet


FIVE
call a friend


SIX
take a walk around


SEVEN
tackle one thing you've been putting of


EIGHT
tell someone you love them


NINE
read a book


TEN
when all else fails, spend ten minutes on the internet. 


 relaks sekejap sementara sambung kerja. aiyakk..Isnin dah kena siap 4 AO size board.
rabbi yassir walaa tu'assir, rabbi tammim bil khair. aminn.

have a good day everyone. :)

Monday, February 4, 2013

Nak Jadi Apa Kau Ni?

assalamualaikum!

pernahkah anda dan anda semua terfikir hala tuju dan matlamat hidup anda?
contohnya macam, nanti dah habis belajar nak kerja apa? atau nak sambung belajar, atau nak ambil jurusan lain?

aku memang seorang yang suka plan jalan hidup aku. mungkin aku boleh di kategorikan sebagai budak skema kalau pada pandangan pertama anda. tapi aku taklah se- skema yang korang fikirkan tu. aku remaja nakal masa zaman sekolah. walau berperwatakan sopan dan pendiam di mata cikgu-cikgu sekolah. walaupun pernah menyarung pakaian Pengawas. mungkin aku lebih berpegang pada idiom yang aku belajar masa tingkatan satu dulu.


"All work and no play, makes Jack a dull boy"
mungkin itu sebabnya senakal mana pun aku dengan kawan-kawan aku, kami tetap utamakan pelajaran. biar nakal, janji skor. pernah masa tingkatan 3, kena marah dengan cikgu sebab baju pengawas tak mencerminkan attitude pengawas sekolah langsung. dengan ponteng kelas, lepak dalam bangunan tersorok area bengkel Kemahiran Hidup. tapi aku bangga sebab semua geng aku yang nakal ni, naik pentas ambil transkrip PMR. cikgu pun tak dapat nak bagi kata nasihat macam,


"itulah awak, dulu cikgu mengajar awak ponteng"
muka-muka pentas zaman tu
sambung masuk maktab, kembali perangai lama. even dah tak pakai seragam pengawas. sebab dah serik, ustazah kata tanggung dosa tak jalankan amanah sekolah. dari tanggung dosa, baik aku jadi budak biasa sahaja. malang jugak, sebab geng nakal aku masih dapat maktab yang sama dengan aku. jadi, kenakalan tu masih tak dapat nak buang. teringat masa aku dengan geng aku 'fly' solat jemaah di surau. sudahnya kena cekup dengan DC (Dorm Captain). kesian jugak bila teringat minah tu menangis sebab nanti dia yang kena marah dengan warden sebab tak buat kerja betul-betul. maybe sebab kami licik buat trick masa dia clearkan dorm. *gelak hambar*

lepas geng nakal aku keluar maktab sebab masalah dengan warden, aku pun tone down. dah tak nakal. geng buat jahat dah tak ada. lagipun semua nak fokus SPM. tone down pun, kena jugak denda lari padang tengah-tengah hari buta sebab pakai baju sekolah government. means pakai baju sekolah biasa. (kain biru, baju putih) sebab budak MRSM baju warna lain. baju peach kain coklat. tapi sebenarnya tak salah cuma kami sekelas pakai macam tu. termasuk ketua PRS and barisan-barisan LDP kelas aku. ketua BWP tak pakai sebab dia tau risiko. even kena cop as budak nakal, tapi aku enjoy. sebab tu pengalaman. orang lain tak ada pengalaman yang aku ada. orang lain tak rasa apa aku rasa. bila teringat balik, otai jugak aku zaman sekolah dulu. tapi cikgu tak tau sangat. sebab semuanya terjadi belakang cikgu. lepas tu pandai trick kot. *senyum sendiri*


nampak tak nakalnya kat situ. heeee.
bila dah masuk diploma, dah tak nakal. jadi invisible je. tapi sekarang, dah nak habis diploma dah. aku still tak tahu hala tuju hidup aku. nak sambung degree Lanskap ke? ke nak ambil jurursan lain? ke tak nak sambung dah? tak boleh sebab dari kecik dah nekad nak sambung belajar setinggi yang boleh. dulu cita-cita masa sekolah nak jadi arkitek. sekarang kira okay la ambil jurusan Senibina Lanskap. at least kalau kerja nanti boleh dapat title 'Landscape Archtect'. dulu macam tak nak fikir lagi. kononnya awal lagi. sekarang dah nak final project dah. pejam celik je dah nak grad. nak tak nak kena fikir. kawan aku kata aku suka elak masalah. means, lupakan dulu masalah tu, sampai dah agak-agak terpaksa fikir baru fikir. betullah tu. susahnya jadi dewasa ni. banyak kena fikir. korang pernah terfikir tak hidup korang lagi 10 tahun or 20 tahun akan datang? kerja apa, hidup susah ke, senang ke, menyesal ke tak atas kesalahan-kesalahan lampau korang tu. bila aku fikir, jadi takut weyh. seriously.


p/s--> nak sambung degree Landscape jugak or what? dilemma. itu je cerita dia sebenarnya. btw, thanks for reading. i love you guys! :D

Saturday, January 26, 2013

wanita sebagai isteri.


assalamualaikum! 
topik perkahwinan..
topik yang paling kerap menjadi perbualan aku dengan kawan-kawan semenjak dah mencecah umur 20an ni. mana taknya, tengok drama semua pasal pasangan berkahwin. kahwin paksa la, kahwin kontrak la. kahwin muda la. semua pasal kahwin. ye tak? hihi. Anyway, ni ada beberapa rahsia tentang wanita yang bergelar isteri. :)
my favourite couple. HB and PS

APA KATA RASULULLAH TENTANG WANITA DAN ISTERI
1. Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan iaitu wanita (isteri) yang solehah.
(Riwayat Muslim)

2. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya,maka iaa dalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad,Thabrani dan Hakim)
3. Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama, nescaya kamu beruntung.
4. Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (RiwayatAhmad Ibnu Hibban, Thabrani, Anas bin Malik)
5. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari khiamat, tiada nur baginya.(Riwayat Termizi)
6. Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan)
7. Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung diudara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhainya serta menjaga sembahyang dan puasanya. (Riwayat Muaz bin Jabal)
8. Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka. Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya dalam syuga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.
Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong misainya dan mengerat kukunya, memberi minum, Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim. (Riwayat Muaz bin Jabal)
9. Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.
10. Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan. Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

              pic PS nd HB from their blog. 

Wednesday, January 23, 2013

gigi bongsu a.k.a wisdom tooth

assalamualaikum semua.

maaf lama menghilangkan diri. bukan dah tak sayang, cuma sibuk. hihi. maaf sekali lagi.
final semesterkan. ke hulu ke hilir bak kata member gua, keje gua asyik berjalan je. kalau ambil jurusan senibina lanskap UiTM Perak ni memang macam ambil jurusan tourism. berjalan memanjang. habis diploma 3 tahun, 1 Malaysia kau dah jejak. 

OKAY.
bukan itu cerita sebenarnya. sebenarnya saya cuma nak bagitahu tentang gigi saya ni. bestfriend saya kata saya dah boleh kawin sebab gigi bongsu saya dah tumbuh. haha. tak mahulahhhh!


gigi bongsu oh gigi bongsu

secara purata gigi geraham bongsu atau wisdom tooth ni tumbuh pada usia sekitar 18 ke 25 tahun. lepas tu, lain orang, lain sakitnya. ada yang demam, ada yang sakit kepala sampai nak lempang orang dan ada jugak yang siap guling-guling ke kiri dan ke kanan sebab nak tahan sakit. tapi alhamdulillah aku demam sahaja sambil menahan gusi yang bengkak dan berdenyut-denyut ni. berita buruknya, orang kata kalau gigi bongsu dah tumbuh, kita akan berhenti membesar. means, tinggi takat tu jelah. 
*memang pendek la aku sampai ke tua macam ni*

siang tadi, aku dah suruh roomate aku ushakan gigi aku tu. siap pakai torchlight lagi. 

"aah laa..da nampak da giginya nak keluar.."

lepas tu tekan-tekan sendiri gigi. memang rasa ada gigi baru nak tumbuh. semangat google pasal gigi bongsu. baca post dari blogger-blogger lain. 

http://mylifesstoryblog.blogspot.com/2011/10/tamat-riwayat-gigi-bongsu.html
http://bibie-mumui.blogspot.com/2012/01/gigi-bongsu-korang-dah-tumbuh.html
http://arisyahjahirah.blogspot.com/2012/01/bila-geraham-bongsu-nak-tumbuh.html
http://anaknegori.blogspot.com/2011/11/petua-hilangkan-sakit-gigi-geraham.html

amboi..scarynyaaa. aku ni dah la memang penakut dengan doktor. bagilah doktor apa pun. tapi doktor haiwan taklah..hihi. rasa macam nak pergi jumpa dentist esok..tapi cuti lah pulak. nak ikut petua segala, memang tak dapatlah. aku duduk kolej..mana nak dapat bunga cengkih dengan garam tu. 

p/s --> salam Maal Hijrah semua. dan untuk follower-follower saya yang semakin ramai ni..saya mintak maaf sebab tak sempat nak follow semua sekaligus. saya jenguk secara berperingkat ye. :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...