::my followers::

Wednesday, January 23, 2013

gigi bongsu a.k.a wisdom tooth

assalamualaikum semua.

maaf lama menghilangkan diri. bukan dah tak sayang, cuma sibuk. hihi. maaf sekali lagi.
final semesterkan. ke hulu ke hilir bak kata member gua, keje gua asyik berjalan je. kalau ambil jurusan senibina lanskap UiTM Perak ni memang macam ambil jurusan tourism. berjalan memanjang. habis diploma 3 tahun, 1 Malaysia kau dah jejak. 

OKAY.
bukan itu cerita sebenarnya. sebenarnya saya cuma nak bagitahu tentang gigi saya ni. bestfriend saya kata saya dah boleh kawin sebab gigi bongsu saya dah tumbuh. haha. tak mahulahhhh!


gigi bongsu oh gigi bongsu

secara purata gigi geraham bongsu atau wisdom tooth ni tumbuh pada usia sekitar 18 ke 25 tahun. lepas tu, lain orang, lain sakitnya. ada yang demam, ada yang sakit kepala sampai nak lempang orang dan ada jugak yang siap guling-guling ke kiri dan ke kanan sebab nak tahan sakit. tapi alhamdulillah aku demam sahaja sambil menahan gusi yang bengkak dan berdenyut-denyut ni. berita buruknya, orang kata kalau gigi bongsu dah tumbuh, kita akan berhenti membesar. means, tinggi takat tu jelah. 
*memang pendek la aku sampai ke tua macam ni*

siang tadi, aku dah suruh roomate aku ushakan gigi aku tu. siap pakai torchlight lagi. 

"aah laa..da nampak da giginya nak keluar.."

lepas tu tekan-tekan sendiri gigi. memang rasa ada gigi baru nak tumbuh. semangat google pasal gigi bongsu. baca post dari blogger-blogger lain. 

http://mylifesstoryblog.blogspot.com/2011/10/tamat-riwayat-gigi-bongsu.html
http://bibie-mumui.blogspot.com/2012/01/gigi-bongsu-korang-dah-tumbuh.html
http://arisyahjahirah.blogspot.com/2012/01/bila-geraham-bongsu-nak-tumbuh.html
http://anaknegori.blogspot.com/2011/11/petua-hilangkan-sakit-gigi-geraham.html

amboi..scarynyaaa. aku ni dah la memang penakut dengan doktor. bagilah doktor apa pun. tapi doktor haiwan taklah..hihi. rasa macam nak pergi jumpa dentist esok..tapi cuti lah pulak. nak ikut petua segala, memang tak dapatlah. aku duduk kolej..mana nak dapat bunga cengkih dengan garam tu. 

p/s --> salam Maal Hijrah semua. dan untuk follower-follower saya yang semakin ramai ni..saya mintak maaf sebab tak sempat nak follow semua sekaligus. saya jenguk secara berperingkat ye. :)



4 comments:

Shakira Pathi said...

uitm perak?seriuosly?boleh la jumpa nanti dekat uptown ke :)

cik nana said...

kannnn jalan 1 malaysia tu memang setujuuuu sangat. hehe

awk, klu graham bongsu tu sakit sangat, better pegi jumpe dentist tau. bia doc cek tgk gg tu. akk still part time kat klinik gg mslh graham bongsu ni selalu sgt dah jumpa. cuma takut graham tu impacted. klu kena kes mcm tu kena cabut xleh simpan nanti akan efek gg depan dia..

Lullu Anna said...

yaaaa .. . .
saya pon tengah sakit gigi graham bongsu nak tumbuh belah atas kanan...

sakit gyle...
setiap kali gosok gigi, kompem berdarah...

sakit nye yaaa amat...denyut-denyut...

cIk cUmIe said...

@Shakira Pathi: ouhh..kita 1 u la. sep sikit. hihi. :D

@cik nana: itulahh..tengah tunggu nak pegi dentist ni. kena buat appointment pulak. anyway. thanks for ur advice. :D

@Lullu Anna: sama-samalah kita pergi jumpa dentist ye. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...