::my followers::

Saturday, January 26, 2013

wanita sebagai isteri.


assalamualaikum! 
topik perkahwinan..
topik yang paling kerap menjadi perbualan aku dengan kawan-kawan semenjak dah mencecah umur 20an ni. mana taknya, tengok drama semua pasal pasangan berkahwin. kahwin paksa la, kahwin kontrak la. kahwin muda la. semua pasal kahwin. ye tak? hihi. Anyway, ni ada beberapa rahsia tentang wanita yang bergelar isteri. :)
my favourite couple. HB and PS

APA KATA RASULULLAH TENTANG WANITA DAN ISTERI
1. Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan iaitu wanita (isteri) yang solehah.
(Riwayat Muslim)

2. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya,maka iaa dalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad,Thabrani dan Hakim)
3. Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama, nescaya kamu beruntung.
4. Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (RiwayatAhmad Ibnu Hibban, Thabrani, Anas bin Malik)
5. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari khiamat, tiada nur baginya.(Riwayat Termizi)
6. Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan)
7. Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung diudara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhainya serta menjaga sembahyang dan puasanya. (Riwayat Muaz bin Jabal)
8. Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka. Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya dalam syuga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.
Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong misainya dan mengerat kukunya, memberi minum, Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim. (Riwayat Muaz bin Jabal)
9. Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.
10. Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan. Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

              pic PS nd HB from their blog. 

Wednesday, January 23, 2013

gigi bongsu a.k.a wisdom tooth

assalamualaikum semua.

maaf lama menghilangkan diri. bukan dah tak sayang, cuma sibuk. hihi. maaf sekali lagi.
final semesterkan. ke hulu ke hilir bak kata member gua, keje gua asyik berjalan je. kalau ambil jurusan senibina lanskap UiTM Perak ni memang macam ambil jurusan tourism. berjalan memanjang. habis diploma 3 tahun, 1 Malaysia kau dah jejak. 

OKAY.
bukan itu cerita sebenarnya. sebenarnya saya cuma nak bagitahu tentang gigi saya ni. bestfriend saya kata saya dah boleh kawin sebab gigi bongsu saya dah tumbuh. haha. tak mahulahhhh!


gigi bongsu oh gigi bongsu

secara purata gigi geraham bongsu atau wisdom tooth ni tumbuh pada usia sekitar 18 ke 25 tahun. lepas tu, lain orang, lain sakitnya. ada yang demam, ada yang sakit kepala sampai nak lempang orang dan ada jugak yang siap guling-guling ke kiri dan ke kanan sebab nak tahan sakit. tapi alhamdulillah aku demam sahaja sambil menahan gusi yang bengkak dan berdenyut-denyut ni. berita buruknya, orang kata kalau gigi bongsu dah tumbuh, kita akan berhenti membesar. means, tinggi takat tu jelah. 
*memang pendek la aku sampai ke tua macam ni*

siang tadi, aku dah suruh roomate aku ushakan gigi aku tu. siap pakai torchlight lagi. 

"aah laa..da nampak da giginya nak keluar.."

lepas tu tekan-tekan sendiri gigi. memang rasa ada gigi baru nak tumbuh. semangat google pasal gigi bongsu. baca post dari blogger-blogger lain. 

http://mylifesstoryblog.blogspot.com/2011/10/tamat-riwayat-gigi-bongsu.html
http://bibie-mumui.blogspot.com/2012/01/gigi-bongsu-korang-dah-tumbuh.html
http://arisyahjahirah.blogspot.com/2012/01/bila-geraham-bongsu-nak-tumbuh.html
http://anaknegori.blogspot.com/2011/11/petua-hilangkan-sakit-gigi-geraham.html

amboi..scarynyaaa. aku ni dah la memang penakut dengan doktor. bagilah doktor apa pun. tapi doktor haiwan taklah..hihi. rasa macam nak pergi jumpa dentist esok..tapi cuti lah pulak. nak ikut petua segala, memang tak dapatlah. aku duduk kolej..mana nak dapat bunga cengkih dengan garam tu. 

p/s --> salam Maal Hijrah semua. dan untuk follower-follower saya yang semakin ramai ni..saya mintak maaf sebab tak sempat nak follow semua sekaligus. saya jenguk secara berperingkat ye. :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...