Assalamualaikum people!
Setelah lama menghilang, sini aku nak share resepi Rainbow Cake yang aku buat beberapa hari lepas. This is my second time making this cake actually. They turned out so well and tasted yummy too.
|
Ni masa first time buat dulu. My 21st birthday cake. |
I made this cake by my own to celebrate my parents on my birthday. Sorry for the piping. Piping yang comot. Almaklumlah first trial buat piping. The cream cheese was too soft.
|
yang ni ada lima layer je. Sebab malas. haha |
Well, below is the one that I made recently. Due to the insufficient cream cheese and a little bit of laziness in me, I do not do the piping deco but I am too hardworking to arrange the M&M's. :p
|
Rainbow cake! |
|
This time, I managed to make it into 6 layers! |
And the recipe are as follows:
- 3 cwn tepung gandum
- 4 sdk baking powder
- 1/2 sdk garam
- 1 cwn butter ~ suhu bilik
- 2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
- 5 biji putih telor ~ suhu bilik *aku menderhaka sikit kat sini - aku guna je kuning telur sekali*
- 2 sdk esen vanila
- 1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
- pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau
Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C
Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau
butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang
seli dengan susu segar
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan
tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar
Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah
menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek
benar-benar masak. *aku punya 15 minit dah masak*
Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga
siap 6 lapisan
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak
comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.
Cream cheese toppings
Cream cheese
Stgh cawan butter
Satu cwn gula icing
Pukul semua bahan sampai kembang dan sebati. letak pewarna kalau nak dan paipkan ke atas kek. Sebelum tu ingat eh kena layerkan semua lapisan kek.
Susun la ikut warna pelangi.
Contoh lapisan pertama warna purple. Sapu cream cheese dan letak pula lapisan kedua iaitu warna biru and sampai la lapisan terakhir that is merah.
Nak buat ni perlu ada kesabaran yang tinggi okay!
Good luck people!