Setelah lama menghilang, sini aku nak share resepi Rainbow Cake yang aku buat beberapa hari lepas. This is my second time making this cake actually. They turned out so well and tasted yummy too.
Ni masa first time buat dulu. My 21st birthday cake. |
yang ni ada lima layer je. Sebab malas. haha |
Rainbow cake! |
This time, I managed to make it into 6 layers! |
- 3 cwn tepung gandum
- 4 sdk baking powder
- 1/2 sdk garam
- 1 cwn butter ~ suhu bilik
- 2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
- 5 biji putih telor ~ suhu bilik *aku menderhaka sikit kat sini - aku guna je kuning telur sekali*
- 2 sdk esen vanila
- 1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
- pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau
Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C
Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar
Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak. *aku punya 15 minit dah masak*
Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.
Cream cheese toppings
Cream cheese
Stgh cawan butter
Satu cwn gula icing
Pukul semua bahan sampai kembang dan sebati. letak pewarna kalau nak dan paipkan ke atas kek. Sebelum tu ingat eh kena layerkan semua lapisan kek.
Susun la ikut warna pelangi.
Contoh lapisan pertama warna purple. Sapu cream cheese dan letak pula lapisan kedua iaitu warna biru and sampai la lapisan terakhir that is merah.
Nak buat ni perlu ada kesabaran yang tinggi okay!
Good luck people!
5 comments:
Wahh.. Nampak sedapnya kak.. Cantik pulak tuh! Hehe, rajin buat! :D
@niena reen: ni jela mampu buat kalau bosan. practice lg satu. hihi
Wahh, buat sendiri? Lawanya! Kite kalau setakat tolong mak boleh la, tapi kalau buat sendiri tak yakin. Hehe
menggugah sekali cake nya.. seperi nya sangat enak
Berwarna-warni di dalam...berseri di luar dengan bungaan roses...lawa...sayang nak makan...:-)
Post a Comment