::my followers::

Wednesday, July 10, 2013

Entri Kosong

Assalamualaikum.

hampir dua bulan menghilangkan diri. dua bulan yang rasanya terlalu cepat berjalan. masa semakin laju. tanda-tanda akhir zaman yang pasti. dua bulan. apa ada dengan tempoh dua bulan? banyak benda boleh terjadi dalam dua bulan. yang pasti kita sudah menjejak Ramadan, terasa baru sahaja bertemu Ramadan yang lalu. jujur kata, puasa yang dulu ganti di hujung waktu. lalai seketika dengan duniawi. tamat belajar, cari kerjaya. walau tak sehebat dan setaraf diploma yang dimiliki. cari pengalaman kata orang. jadi pembantu di kedai gambar. persiapkan diri untuk menghadap ijazah juga sebenarnya. 

lain orang, lain rezekinya. gembira mendengar salah seorang sahabat bakal terbang beberapa hari lagi. sambung belajar di Aussie. seronoknya. satu persatu teman rapat terbang ke luar negara. terus-terang gua bilang, ada sedikit cemburu disitu. *mengeluh*

siapa kata gua tak ada cita-cita untuk sambung belajar di luar. ada. tetap ada. tapi mungkin tak cukup usaha dan rezeki. selesaikan perkara yang lebih penting dahulu. dan mungkin aku risaukan diri yang bakal menangis rindukan tanah air. *senyum*

walau dah bertahun-tahun dilatih belajar jauh dari rumah tapi masih di dalam Malaysia. berkongsi cuaca, garis masa yang sama, pasti ada sedikit gentar kalau di luar, tak dapat aku bayangkan keadaan diri nanti. 
kuatnya sahabat-sahabat yang di perantauan. lebih kuat yang tak pernah pulang ke tanah air. yang tak balik beraya bersama keluarga. yang kurang berada untuk beli tiket flight. kalian hebat. 

selamat berpuasa. Allah itu sentiasa ada bersama kita. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...