::my followers::

Tuesday, May 29, 2012

kedai mamak pun okay.

assalamualaikum teman-teman.


hari ni cik cumie dah selamat hantar baju raya untuk ditempah. hooyeaahhh!
seronok mak nak raya nanti. padahal puasa pun belum lagi.
lepas hantar baju, ibu ajak pergi makan dekat kedai mamak. 


dah lama tak masuk mamak. dulu kat perak selalu jugak pergi mamak. budak kos lain sibuk pergi Jusco. kitorang lepak mamak jela. save duit untuk beli board dengan xerox kertas kerja. teringat inche jimmy mintak maaf sebab tak dapat bawak aku pergi tengok wayang macam orang lain sebab banyak gila board nak kena siapkan. tak apa, pergi mamak jalan kaki dengan awak pun saya dah happy dah. :)


menu must have dekat mamak. roti tisu. roti sardin cheese, roti nan cheese, maggi goreng. inche jimmy dengan neslo ais and teh tarik. tapi tadi aku makan rojak mi dengan ibu. ada tak orang yang pandai buat rojak mi sebijik macam kat mamak tu?





Monday, May 28, 2012

"1st GiveAway by Nabila Medan"

assalamualaikum geng!

semalam lepas update blog cik cumie perasan note yang cik Elfarahin tinggalkan kat peti surat cik cumie. :)
cik cumie di tag join GA yang di anjurkan oleh cik Nabila Medan dan encik Amer.
korang-korang yang nak join boleh la singgah sini.
untuk syarat-syarat sila rujuk disana yeah. 




tag:
athrhb
Emy
lina


okay bai. :)

Sunday, May 27, 2012

susah ke nak cakap terima kasih?

assalamualaikum!


maaf. aku memang suka update blog waktu malam. sebab waktu malam ialah masa lapang aku. siang hari banyak dihabiskan di dapur dan di bilik tidur melayan soap opera. haha. terima kasih. dua perkataan mudah yang kadang-kadang sesetengah orang berat gila mulut nak lontarkan. thank you pun dua perkataan jugak. xie xie pun dua perkataan. toa chie pun lagiii laaa dua perkataan. tapi kalau gracias or merci satu perkataan. -____-


mengikut firasat aku ada beberapa sebab kenapa sesetengah orang tak nak or susah sangat nak cakap terima kasih. sebab-sebabnya adalah..dia rasa macam maruah or harga diri jatuh. *such an arrogant bastard person*
dia TERLUPA nak cakap terima kasih. dia tak pernah belajar cara nak berterima kasih melalui ucapan terima kasih. and lastly, dia dah cakap terima kasih tapi orang lain tak dengar. hahahaha


tapi betul la ada. sebab kadang-kadang orang bersuara comel macam i ni. bila cakap terima kasih laju-laju. kasih je yang dengar. terima tu tak dengar. lepas tu mesti aci-aci yang tolong timbang ikan bilis kat pasar raya tu kutuk aku tak reti cakap terima kasih. padahal aku dah cakap! cumaa..dia tak berapa dengar. kot. haha


kadang-kadang jugak, aku dah cakap terima kasih kuat-kuat tapi orang yang aku berterima kasih tu tak dengar  atau dia memang malas nak layan aku yang berterima kasih ni. hehhh..macam ni pun wujud kan kat dunia ni. tapi takpe..setakat ni aku tak mati or cacat anggota pun sebab cakap terima kasih.


okay..sekian sahaja buat masa ni. so terima kasih sebab sudi baca entri ini. *nada yang paling ikhlas*




p/s---> dulu masa zaman jahiliah aku, aku selalu cakap terima kasih lepas kena denda dengan cikgu. tapi terima kasih dalam nada perli. hahaha.

Saturday, May 26, 2012

fight like a married couple..

assalamualaikum guys!


menghilang selama beberapa hari. well, i come back with an issue. isu yang tak besar pun. isu rumah dan tangga. hahaha. pernah dengar tak quote/saying ni?
fight like a married couple, talk like bestfriends, flirt like first loves, and protect each other like siblings, obviously it is meant to be.
quote yang menggambarkan  perfect couple which is meant to be. tapi aku tertarik dengan first phrase tu. fight like a married couple. kenapa? sebab usually married couple fight over dumb things. hahaha
betol tak? any married couple wanna share some opinion? kenapa aku cakap macam tu? sebab a married couple in my house did those dumb argument. tapi comel apa. hahaha
a married couple in my house tu mestila ibu dan ayah. siapa lagi kan? sebab aku yang anak sulung ni belum kahwin lagi. ngehehehe. *gelak gatal*


okay..sekarang kembali kepada mode story telling ye kawan-kawan.
dekat rumah aku ni memang banyak gila nyamuk. untuk menghalang nyamuk-nyamuk yang bloodholic tu kitorang guna penyembur nyamuk cap fumakilla. yang warna orange tu. satu soalan cepumas untuk anda. macam mana cara yang betul guna spray nyamuk? 


a. spray ke atas (ke siling)
b. spray ke bawah (bawah meja/almari)


kalau tengok iklan shieldtox dia tunjuk spray ke atas kan? tapi ibu selalu spray dekat bawah-bawah almari sebab dia cakap nyamuk menyorok bawah tu. itulah punya pertengkaran manja dorang. hahaha. that is why agaknya keluar proverbs macam tu. fight like a married couple. gaduh pasal benda kecil je tapi at last masing-masing still back at each other. 




sekiaannn.. 









Monday, May 21, 2012

ada apa dengan bulan Rejab?

assalamualaikum!


hari ni ialah hari terakhir dalam bulan Jumadilakhir. bulan ke 6 dalam kalendar Hijrah. esok menyusul pula bulan Rejab. apa yang istimewa dengan bulan Rejab ni? Rejab ialah bulan ke 7 dalam Islam yang bermaksud mengagungkan dan membesarkan. menurut sejarah, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. pada bulan ini dilarang sama sekali berperang dan pintu Kaabah dibuka. walaubagaimanapun, setelaah kedatangan Islam sebahagian amalan tersebut tidak lagi dilakukan kerana seperti sabda Rasulullah SAW :



"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam"
                                                                                                    (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



terdapat beberapa peristiwa penting dalam Islam yang berlaku pada bulan Rejab seperti: 
  • hijrah pertama orang Islam
  • peristiwa Israk dan Mikraj
  • peperangan Tabuk
  • pembebasan Baitulmaqdis
  • lahirnya Imam Syafie RH
bulan Rejab ni memang istimewa sebab ia merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah. ibadat sunat yang feymes sepanjang bulan Rejab ialah berpuasa.
  1. puasa satu hari - seperti berpuasa selama 40 tahun dan mendapat keredaan Allah S.W.T serta syurga tertinggi.
  2. puasa dua hari - mendapat kemuliaan daripada Allah S.W.T dan dilipat kali gandakan pahalanya.
  3. puasa tiga hari - dijauhkan dugaan dunia dalam hidupnya dan dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.
  4. puasa empat hari - diselamatkan daripada seksaan Akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
  5. puasa lima hari - aman dari azab kubur.
  6. puasa enam hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka yang bercahaya.
  7. puasa tujuh hari - Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya.
  8. puasa lapan hari - Allah membuka lapan pintu syurga baginya.
  9. puasa sembilah hari - keluar dari kuburnya dengan menyeru "Laailahailallah" dan tidak ditolak dia daripada memasuki pintu syurga.
  10. puasa sepuluh hari - Allah memperkenankan semua permintaannya dan dijadikan hamparan di titan Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
  11. puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti berpuasa 3 000 tahun.
  12. puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti berpuasa 10 000 tahun.
  13. puasa 15 hari - Allah mengampunkan dosa-dosa yang lau dan digantikan segala amal kejahatan dengan kebaikan.
  14. puasa lebih 15 hari - Allah menambah pula pahala amalannya berlipat kali ganda lagi.
  15. orang yang berpuasa pada bulan Rejab di syurga kelak akan diberi minum dari air sungai yang bernama Rejab dimana airnya lebih putih dari air susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji.
  16. dalam bulan lain Allah berikan sepuluh kebajikan bagi setiap amalan kebaikan tapi dalam bulan Rejab Allah berikan 70 kebajikan bagi setiap satu amalan kebaikan.
that's it kawan-kawan. banyakkan kebaikan dan 'peluang' yang ada untuk kita. tapi kita selalu lalai. mohon Allah sentiasa bukakan pintu hati kita.
SUMBER:
http://enamanja.tripod.com/a9c.htm
http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=617&Itemid=1
http://www.ppdjasin.edu.my

Sunday, May 20, 2012

3 minggu lagi.

assalamualaikum guys!


aku ada berita sedih! cuti dua bulan kini tinggal lagi tiga minggu. entahlaa..wa sendiri pun tataw wa sedih or happy sebab cuti wa sudah mau habis.
memang la kadang-kadang rasa bosan. tapi kadang-kadang seronok jugak relax macam ni kat rumah. 
all the research for next semester dah ada. tak semua tapi ada la. and another TAPI, satu pun aku tak baca lagi. malasssssssss sangat-sangat. some of my friends siap buat artwork time cuti lagi. banyak pulak tu. sampai boleh buat album kat fb. all i got are the pictures of cookies and cake i've baked. hahaha 
kadang-kadang, i've been talking to myself. 


"eh. kau ni budak archi ke budak kulinari? pi baca buku sana. sibuk baca resepi. "


stress. i think i should start my study tonight. tapikan..sebenarnya dah lama dah aku cakap macam ni dekat diri sendiri. tapi i usually end up


 "esoklahhhh..cuti banyak lagi"


ahhh..apa-apalah. for those uitm students. 3 weeks more! pejam celik pejam celik. sekejap sangat!
to adik-adik yang baru nak masuk u. anda dialu-alukan. but selalunya..what sucks about being a first semester student is, ORIENTASI. muahahaha. tapi takpe, seminggu je pun. 







Saturday, May 19, 2012

double meaning!

assalamualaikum kawan-kawan!


hah..semakin lama aku semakin kekeringan idea dan mood untuk menaip-naip. entahla. mungkin sebab aku dah mula ada hobi lain agaknya. hahaha..cooking and baking!
i just sooo love to cook and bake for people i love. okay. enough with the crap introduction. aku actually nak share gambar/lukisan yang menarik sangat untuk korang perati lama-lama. lukisan yang ada double meaning. yeahhhh..double meaning. macam selalu perempuan kata FINE! WHATEVER. tapi actually dia tak bermaksud dia TAK KESAH, CUMA DIA NAK DIPUJUK. huehuehue.


so here are the double meaning paintings i googled. enjoy peeps and don't forget to comment what you see. 


yang ni aku tak pasti, ada gajah. haha
ada orang duduk atas batu tapi ada muka orang lagi.




scenery macam dekat farh house and
an old man yang  garang. hahaha


a woman reading a book on her lap dengan a face of a man
an old woman potrait and a few soldiers with horses.


gambar ni aku dah banyak kali tengok dah.
a woman  looking into a mirror and tengkorak.
ni pun dah selalu tengok. tapii..
aku masih tak nampak  muka perempuan tua.
all i see is a young girl. :(


p/s---> i just love double meaning 

Friday, May 11, 2012

asal usul hari ibu dan sebab umat Islam HARAM menyambutnya.

assalamaualaikum. :)


baru-baru ni kan kecoh pasal ceramah ustaz azhar idrus pasal hukum sambut MOTHER'S DAY ni. so, i found this post from blog tazkirah.  aku copy and paste kat sini. so, i'm planning on celebrating it on another day. hehe. tak salahkan raikan ibu kita? lagipun malam tadi dengar forum perdana ehwal islam tajuk 'wajah terindah'. bersyukur sangat sebab masih ada ibu dan ayah. i love them so much. sedar diri ni kadang-kadang buat dorang susah hati. tak dengar cakap. huwaaaa..sekarang pun rasa nak nangis je. hargailah mereka selagi mereka masih ada. aminn.


Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biar pun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/

sumber asal artikel ni : Asal usul Hari Ibu

Monday, May 7, 2012

hadiah simple untuk ibu!

assalamualaikum and selamat petang. baru waktu ni ada kelapangan nak share pasal hadiah hari ibu yang aku buat sendiri ni. al maklumlah, sekarang ni tak kerja, tu yang ala-ala papa kedana tu. hehehe. so even tak ada duit, dapat jugak aku bagi hadiah kat ibu. orang kata, mahal or murah bukan persoalannya, tapi nilai and keikhlasan tu yang penting. 
*wink wink*
tapi idea ni bukan la idea aku, aku edit-edit ikut kesesuaian and kemampuan je. i'm just being creative. :p  
terima kasih buat inche google yang berjaya memberi aku penemuan berharga ni. cewahhh..ayat skema penulisan bahasa melayu tingkatan 1. haa, dah la tu, penat membebel panjang-panjang ni. special thanks to Ambrosia for this creative and splendid idea.

TINY POLAROID MAGNETS


bahan-bahan yang diperlukan:

*craftboard (seelok-eloknya putih)
gam UHU/gajah/glue gun. mana-mana ikut citarasa korang.
magnet. kalau ikut Ambrosia, dia guna magnet pelekat magnet yang ada jual dekat Amazon.com je
kalau kes aku ni, aku guna magnet yang orang guna kat office tu. lepas tu aku ketuk dengan hammer sampai boleh tanggalkan magnet dia tu. ganas sikit la cara aku ni.hahaha
cutter
photo paper
printer
editing software - adobe photoshop, paint.NET or ape-ape yang korang rase senang,
double sided tape/spraymount
marker putih
pembaris besi
 cara-cara nak buat:
  1. mula-mula edit gambar korang jadi polaroid image. saiz tu ikut suka korang. kalau nak macam aku punya ni, boleh download dekat sini. or kalau nak edit sendiri ambil template dari blog Ambrosia

2. lepas dah print tu tampal gambar korang atas craftboard guna spraymount atau double sided tape. aku guna double sided je sebab malas dah ada kat umah ni


3. potong gambar kecil tu berhati-hati. pastikan cutter korang tajam.


4. lepas dah potong kecil-kecil tu, lekatkan magnet dekat belakang dia guna gam gajah or gam UHU.





5. dah siap magnet polaroid. bungkus cantik-cantik boleh hadiahkan dekat sesiapa ikut occasion. 
selamat mencuba.

Friday, May 4, 2012

Oat Crisp Cookies

salam peeps. setelah dua hari menghilang. actually banyak je benda yang aku nak post. tapi, semua tu belum di karang lagi and tak ada masa nak mengarang. hihihi, ampun!
so, mula-mula kita start dengan aktiviti aku kelmarin. bosan gila duk umah, so aku pun google resepi apa-apa cookies or cake yang sedap untuk aku try. lepas tu sampai la aku kat blog masam mains.

suka sangat blog ni sebab resepi dia sume best-best and tengok gambar pun dah tahu sedap. hahaha
so..aku pun try la buat crispy oat cookies sebab senang and semua bahan dah ada kat rumah ni. lagi satu sebab nak  bagi inche jimmy. tu la tujuan sebenarnya. hihihi. gatai an anak mak sorang ni. nak resepitengok kat sini

senag dan mudah je. tapi yang tuan blog ni buat nampak sangat cantik. maklumlah, golongan profesional. tak macam aku amatur je hahaha.
aku share jugak la ye resepi kat sini. 


OAT CRIPS COOKIES 
sumber : Izah

bahan-bahan:

130g tepung gandum
30g tepung jagung
20g serbuk koko 
½ sk serbuk penaik 
Kesemua bahan di atas di ayak
¼ sk serbuk kulit kayu manis- ita tak letak
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar - aku letak 100g je sebab kat rumah tak boleh makan manis-manis
½ sk esen vanilla
badam nips
10g Nestum - tak ada dalam resepi asal, tapi aku saje gatai nak letak
ikut kak ita letak chocolate chip. aku letak 50g

cara-cara:
  1. Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.
  2.  Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
  3. Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu.
  4.  Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
  5. Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
  6. Potong atau terap dan letak atas dulang.
  7. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau sehingga rangup.

ni la rupa oat cookies aku. hahaha

first attempt. 

second attempt nanti, harap-harap cun la. tu pun ramai dah puji sedap. satu hari je, dah habis satu tupperware besar tu. ibu dah suruh buat lagi. hihi
okay bye. jumpa lagi dalam entri seterusnya. :)



Tuesday, May 1, 2012

cinta jarak jauh? hmm..


Selamat siang semua. Lama tak jumpa. Pernah jumpa ke? Jumpa laaaa..jumpa di alam fantasi. Ehh. Alam maya. Hari ni aku cuma nak komen pasal cinta jarak jauh. Bercinta dalam keadaan kedua-dua pasangan berada jauh antara satu sama lain. Hurrmmmmm..susah tak? Best ke? Sepanjang aku mengalaminya selama dua kali. Senang cakap, i don’t like long distance relationship. Bukan tak suka sebenarnya, tapi tak berapa suka. Sebab, dua kali aku terlibat dalam hubungan jarak jauh ni kan, dua kali jugak la aku heartbroken. Tak payah la kan nak mention mereka-mereka tu, mereka akan tahu sendiri. Muahahaha. Tapi, dan tapi entah kenapa ada certain kawan-kawan yang aku jumpa masih kekal sehingga ke hari ini walaupun seorang di utara dan seorang di selatan. (Kat dengan panjang lagi ke? Rasanya yela kan??) haa..kawan aku ni, sejak dari sekolah lagi tau. Maintain je sampai sekarang. Tapi..kalau yang seorang dalam negeri, seorang lagi luar negeri, susah nak bagi contoh, sebab semua yang aku kenal tak dapat bertahan. Mati lemas jugak akhirnya.

I didn’t blame the distance, i blame both of them. Third parties are not the main issues; it is always the two of you. Yes, macam yang aku selalu tengok depan mata, girlfriend dekat u lain, dia pun duk menggatal pasang lain dekat u sini. Kalau yang perempuan pulak, tengok kawan-kawan semua keluar tengok wayang dengan boyfriend bila weekends, dia duk melangut sorang-sorang, teringin jugak ada boyfriend satu u. Cari punya cari, layan punya layan, dapat sorang, tinggal la boyfriend yang jauh tu.  Boyfriend yang jauh tu pun tak kesah sebab dia pun ada girlfriend lain kat sana. Ini situasi yang aku pernah tengok sendiri jadi kat kawan-kawan aku. Tapi satu jelah nak pesan, what goes around comes around. Lambat atau cepat je. Sesiapa yang rasa dia mangsa teraniaya tu, tak apa. Everything happens for a reason.

tapi..kalau dua-dua setia, tu sangat la seronok. bak kata kawan aku, setiap kali jumpa macam jumpa kali pertama dulu. still gelabah, tak tentu arah, beribu kali fikir nak pakai apa, just sebab nak nampak so presentable to him/her. it is just so sweet. 

as a conclusion. the distance between the both of you is not the issue. it is just what the both of you do to each other or for each other. bila dah jauh, trust tu mestilah kena ada. bila orang dah percaya, jangan la pulak rosakkan kepercayaan tu. tapiii..don't trust boys. hehehe..



Love lessons



  1.  “Sorry was never synonymous to “I won’t do it again”
  2. When he falls out of love, it doesn’t mean you’re giving less, it is because he is asking to much.
  3. Crying before breaking up is good because you’re trying to save the relationship, but after is different, it’s stupidity
  4. Third parties are not the main issues; it is always the two of you.
  5. There are no wasted tears, there are only inconsiderate partners. Bitterness is often the painful consequences of holding on.
  6. Forgiveness is different from second chances.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...