maaf. aku memang suka update blog waktu malam. sebab waktu malam ialah masa lapang aku. siang hari banyak dihabiskan di dapur dan di bilik tidur melayan soap opera. haha. terima kasih. dua perkataan mudah yang kadang-kadang sesetengah orang berat
mengikut firasat aku ada beberapa sebab kenapa sesetengah orang tak nak or susah sangat nak cakap terima kasih. sebab-sebabnya adalah..dia rasa macam maruah or harga diri jatuh. *such an arrogant
dia TERLUPA nak cakap terima kasih. dia tak pernah belajar cara nak berterima kasih melalui ucapan terima kasih. and lastly, dia dah cakap terima kasih tapi orang lain tak dengar. hahahaha
tapi betul la ada. sebab kadang-kadang orang bersuara comel macam i ni. bila cakap terima kasih laju-laju. kasih je yang dengar. terima tu tak dengar. lepas tu mesti aci-aci yang tolong timbang ikan bilis kat pasar raya tu kutuk aku tak reti cakap terima kasih. padahal aku dah cakap! cumaa..dia tak berapa dengar. kot. haha
kadang-kadang jugak, aku dah cakap terima kasih kuat-kuat tapi orang yang aku berterima kasih tu tak dengar atau dia memang malas nak layan aku yang berterima kasih ni. hehhh..macam ni pun wujud kan kat dunia ni. tapi takpe..setakat ni aku tak mati or cacat anggota pun sebab cakap terima kasih.
okay..sekian sahaja buat masa ni. so terima kasih sebab sudi baca entri ini. *nada yang paling ikhlas*
p/s---> dulu masa zaman jahiliah aku, aku selalu cakap terima kasih lepas kena denda dengan cikgu. tapi terima kasih dalam nada perli. hahaha.
No comments:
Post a Comment