::my followers::

Friday, May 4, 2012

Oat Crisp Cookies

salam peeps. setelah dua hari menghilang. actually banyak je benda yang aku nak post. tapi, semua tu belum di karang lagi and tak ada masa nak mengarang. hihihi, ampun!
so, mula-mula kita start dengan aktiviti aku kelmarin. bosan gila duk umah, so aku pun google resepi apa-apa cookies or cake yang sedap untuk aku try. lepas tu sampai la aku kat blog masam mains.

suka sangat blog ni sebab resepi dia sume best-best and tengok gambar pun dah tahu sedap. hahaha
so..aku pun try la buat crispy oat cookies sebab senang and semua bahan dah ada kat rumah ni. lagi satu sebab nak  bagi inche jimmy. tu la tujuan sebenarnya. hihihi. gatai an anak mak sorang ni. nak resepitengok kat sini

senag dan mudah je. tapi yang tuan blog ni buat nampak sangat cantik. maklumlah, golongan profesional. tak macam aku amatur je hahaha.
aku share jugak la ye resepi kat sini. 


OAT CRIPS COOKIES 
sumber : Izah

bahan-bahan:

130g tepung gandum
30g tepung jagung
20g serbuk koko 
½ sk serbuk penaik 
Kesemua bahan di atas di ayak
¼ sk serbuk kulit kayu manis- ita tak letak
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar - aku letak 100g je sebab kat rumah tak boleh makan manis-manis
½ sk esen vanilla
badam nips
10g Nestum - tak ada dalam resepi asal, tapi aku saje gatai nak letak
ikut kak ita letak chocolate chip. aku letak 50g

cara-cara:
  1. Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.
  2.  Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
  3. Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu.
  4.  Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
  5. Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
  6. Potong atau terap dan letak atas dulang.
  7. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau sehingga rangup.

ni la rupa oat cookies aku. hahaha

first attempt. 

second attempt nanti, harap-harap cun la. tu pun ramai dah puji sedap. satu hari je, dah habis satu tupperware besar tu. ibu dah suruh buat lagi. hihi
okay bye. jumpa lagi dalam entri seterusnya. :)



3 comments:

cik puan rrai said...

wahh . nampak sedap!

Cik Semut... said...

post kat cini cikit..hehe..;p

cIk cUmIe said...

vendettatraveller : mmg sedap pun. sila la cuba. :)
cik semut: alamak, dah habis la. huhu
teyn teyn: bila naek sem baru mmg cmtu la aku.
hahaha. fb ade..bkn kaw da fren ngn aku ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...