korang kenal Fynn Jamal?
Fynn and her husband, Fitri. :) |
*kenal-kenal. yang nyanyi lagu 150 juta tuuu..lagu ti dia tulis untuk husband dia*
okay..korang kenal Ainan Tasneem?
Ainan. :) |
*lagi la kenal..dah keluar radio dah dia. comel je dia nyanyi lagu keluang man kt youtube.*
good. senang la aku nak cerita kalau macam tu. semalam kenduri kahwin abang sedara aku dekat ampang. so we're heading to ampang on the friday evening. lepas tu aku dengar la lagu 150 juta ni dekat radio. i was so suprised that lagu Fynn pun dah keluar radio. waa..sekarang memang orang cari youtuber's sensation buat rakaman. ikut nyanyi sekali sampai habis. tapi lepas tu I was suprised once again sebab it was mention that Ainan yang nyanyi lagu tu. ada rasa sedikit tak puas hati.
lepas tu balik malam tadi, aku pun buat research. haha
and jumpa ni. hmmm..and i think Ainan tak salah. just salah recording company. asal Ainan cover je nak terus record. apsal lagu keluang man tu tak record pulak? *tah tah dah record* haha
menurut artikel tu. (boleh baca kat sini.) Fynn dah bagi green light untuk Ainan nyanyi lagu tu tapi isu copyright, penulis lirik and lagu mesti la kena state Fynn Jamal kan?
petikan status Ainan dekat facebook. :)
Assalamualaikum. Post ini mungkin panjang, maaf. Terasa banyak soalan yg sama kerap diutarakan kpd Ainan tentang lagu 150 juta. Penat rasanya nak ulang utk menjelaskan kenapa dan mengapa tentang perkara yg sama, tapi biarlah ini menjadi penjelasan terakhir daripada Ainan tentang perkara ini. Maksud Ainan, penjelasan terakhir Ainan di alam maya. Bukan di sidang media atau selainnya. Pertama sekaliokay then. huuu. well, tapi first cover yang Ainan buat tak best la dari original yang Fynn Jamal nyanyi. but lepas dah recording, aku pun dah tak cam suara siapa. haha. all the best Ainan. hihi..ingat dulu pernah buat post (klik sini kalau nak baca.) pasal Ainan before dia jadi retiss. :p
kepada semua peminat Fynn Jamal yg berasa tidak senang disebabkan nyanyian balik Ainan utk lagu 150 juta, Ainan betul2 minta maaf. Sejujurnya daripada dulu sehingga kini, Ainan tidak pernah sekali pun mengatakan bahawa lagu 150 juta adalah ciptaan Ainan. Tidak pernah sama sekali. Ainan cuma kata lagu 150 juta ini adalah single kedua Ainan, dan lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya daripada kak Fynn sendiri. Bagaimana terhasilnya lagu ni adalah kerana pihak syarikat rakaman Ainan yg sangat berminat dgn hasil ciptaan kak Fynn keatas lagu 150 juta dan mereka berasa rugi sekiranya lagu ini tidak dibawa ke mainstream. Oleh sebab itu, mereka cuba menghubungi kak Fynn dan menjelaskan tentang perkara ini dan seterusnya kak Fynn telah sign agreement bsama pihak syarikat rakaman as a composer and a lyricist tapi bukan sbagai penyanyi utk lagu ini (sekiranya lagu ini dbawa ke tahap mainstream). Dan keputusan sebulat suara telah dibuat oleh pihak syarikat rakaman, utk memberikan peluang kpd Ainan utk menyanyikan lagu ini kembali. Secara jujur, Ainan berasa sangat takut pada mulanya utk menyanyikan lagu ini kembali kerana Ainan tahu lagu ini milik kak Fynn dan org dah tahu lama lagu ini lagu beliau. Lagu yg sangat unik dan liriknya begitu indah, terasa diri ini kerdil dan tidak layak sama sekali utk Ainan nyanyikan kembali lagu ini. Siapalah Ainan? Tetapi,setelah mendapat nasihat dan motivasi diri dari pihak sykt rakaman, keluarga dan rakan2 Ainan, Ainan mula fikir positif. Ainan nak jelaskan, bila Ainan nyanyikan lagu kak Fynn ni kembali, Ainan tak pernah ada sekelumitpun rasa 'Oh ini lagu aku punya','lagu ni best, boleh pergi jauh, biar org lebih ramai minat aku dan suka aku' atau apa2 sangkaan yg sama taraf dengannya. Malah, bila Ainan dpt peluang menyanyi lagu seorang komposer yg bagi Ainan sangat hebat orangnya, Ainan hanya fikir satu. 'Aku nak orang lain, orang yg tak pernah dengar lagu ni (disebabkan lagu ini pada asalnya tidak pernah dimainstreamkan) sedar bahawa lagu ciptaan Fynn Jamal sama hebat sebaris dgn komposer2 lain yg tkemuka di Malaysia. Mungkin ramai orang luar di sana yg tidak ada kemudahan internet tak pernah sedar tentang kewujudan lagu ini.Aku nak kongsikan lagu hasil ciptaan beliau ini kpd semua masyarakat Malaysia.' Anggaplah ini satu cara utk Ainan perkenalkan hasil nukilan kak Fynn kpd lebih ramai orang. Bukan utk Ainan, bukan sebab 'Aku penyanyi lagu ni, ini lagu aku. Org akan lebih minat aku'. Sedih rasanya bila orang kerap salah anggap dan buat tafsiran yang bukan2. Senang cerita, kalau kalian rasa lagu 150 juta yang Ainan nyanyikan balik tidak enak utk didengar, tidak mengapa. Berhenti dengar. Cuma Ainan nak ucap tahniah sebab kalian orang yg bertuah kerana pernah mendengar dan tahu tentang kewujudan lagu 150 juta yang dicipta oleh kak Fynn yang tersangat hebat ini. At least, tugas Ainan utk berkongsikan lagu ini kepada semua orang di Malaysia, sudah berjaya. Apa jua kritikan yg membina, Ainan terima dengan hati terbuka. Terima kasih :)
before I end my post here. i would like you guys to watch and hear this. the original version of 150 juta by Fynn Jamal tapi dengan video comel and the cover version by Ainan Tasneem yang dah jadi 2nd single beliau. :)
credit: pic from blog Fynn Jamal. pic from Twitter Ainan Tasneem.
No comments:
Post a Comment