hari ni saya nak share ilmu yang baru saya belajar tadi. haha..ilmu apa? ilmu buat apple pie yang sedap. :D
comel kan. macam patrick. hehe |
and they turned out so good. kulit pie pun tak keras sangat. macam makan tart nenas tapi keras sikit. tart nenas tu lembut sangat. pegang pun relai. lepas tu filling dia pun crunchy.
lepas keluar oven, chefnya dah try dulu. sangat tak sabar. haha |
fillings: (translated and edited from Apple Pie for Two)
2 biji epal hijau/merah dipotong dadu
1 sudu kecil tepung gandum
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
secubit garam
1 sudu kecil jus lemon (mine guna jus limau kasturi je)
1/4 cawan gula (saya mix gula perang dengan putih)
cara-cara:
- campurkan semua dalam bekas besar dan gaul hingga sebati.
- ketepikan atau simpan dalam freezer.
crust: (translated and edited from Apple Pie Recipe)
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan butter
1/4 cawan air sejuk (betul-betul sejuk dari freezer)
1 sudu kecil gula (saya tambah sendiri)
cara-cara:
- ayak tepung dengan garam dan masukkan dalam besen besar.
- masukkan gula dan butter. uli sampai jadi macam serbuk roti.
- bila dah rasa sebati, masukkan air sejuk. masuk satu sudu je dahulu. uli lagi.
- ulang step 3 sampai rasa doh dah tak melekat dan permukaan besen anda tak ada kesan doh.
- (air sejuk tu tak habis pun tak apa. aku punya guna dalam 4 sudu besar je pun. :p)
- simpan doh dalam bekas kedap udara dan sejukkan dalam peti selama 4 jam. (tapi sebab aku tak sabar nak buat. aku perap 2 jam je. :p)
bila dah siap doh and fillings, boleh mula buat pie. cara-caranya:
- saya guna baking tin muffin yang 6 ketul tu. cari penerap kuih raya yang anda ada dalam simpanan. mine guna bulat besar yang untuk buat donut tu dengan acuan bintang.
- canai doh mengikut ketebalan yang anda idamkan. lepas tu terap acuan bulat tu and isikan dalam muffin cup. tekan elok-elok supaya dia tak koyak.
- sebelum tu griskan muffin tin tu dengan butter untuk elak melekat selepas bakar.
- bila dah siap terap untuk dasar pie, letak filling. ikut suka komelah ye.
- kemudian buatlah kulit atas dia macam mana pun yang anda suka.
- saya susun doh bentuk bintang tu je untuk nampak comel. kalau nak bagi kat boyfriend buatlah bentuk hati. bhahaha. *gurau je*
- lepas tu ambil kuning telur dan sapu di atas.
- bakar dalam oven dengan suhu 200 degree celcius selama 20 minit atau sehingga kulit atas dia kekuningan dan filling dia bubbling.
sekian. kalau bagi bakal mak mentua rasa mesti lulus. hahaha. gatai. :D
p/s--> resepi ni dapat 6 ketul mini apple pie. kalau nak buat banyak gandakan lah sendiri je. :)
16 comments:
wahh, pandainya buat apple pie :D
besnyer pndai wat pie apple,,leh order tak? =p
sedapnya T.T
@ Eiqa Almond: hihi..terima kasih. awak pun boleh buat. :)
@NORSHAHFEZA HAMSAN: terima kasih. semua org boleh buat punye. hihi..sekarang tak rasa nak meniaga lg. :p
@te amo: sedap! nanti cubalah buat. :D
..patrick si bintang..;-)..
nnt nk cube buat laa..nampak sedapp ni :)
wow sedapnye ! ;DD
salam :) sue bw here, minta tolong klik button G+1 kat akhir entry sue jap.. dah klik nanti komen sekali yea.. terima kasih sangat2.. :)
http://ordinarygurl-sue.blogspot.com/2012/11/i-phone-5-gadjet-pilihan.html
pandai buat pai. hehe. nampak sedap tu. terliur. pasni boleh try buat.thnax sharing recipe
sedapnyer.... lapaq plak tgk pie nie... :D
sedapnya..study LA kat mana ye ?
@Ryne Moza: patrick si tapak sulaiman. :)
@cik hani: silakan. :)
@liana fatah: cubalah buat. tak rugi. :DD
@Miss Sue : sudah. :D
@ محمد رازيق: sama-sama.. :))
@~ChEk At!eN~: memang sesuai untuk org lapar. :D
@cik nana: uitm perak. :))
@Nur Ezqy: in shaa Allah. :)
akak =..=
mcm mane nk buat ni?
Post a Comment