::my followers::

Saturday, July 16, 2011

bila kerja grouping tak macam kerja grouping.



assalamualaikum guys..
hari ni nak balik Seremban! oh yeah!!
ikutkan cuti seminggu..tapi....
*sob sob*
kitorang budak-budak landscape archi cuti beberapa hari je. sebab ada submission kerja on 22nd July. 
OMG..orang lain balik kampus 25th, kitorang je balik 22nd. tu pun ada yang balik lagi awal. 
*muka seposen mintak kesian*
kalau cuti beberapa hari balik melenggang tanpa 'supplement' tambahan tak apa.
ni ada pulak asignment lain yang agak berlambak ye. 
alaaa...msti ada yag cakap macam ni..
"orang lain pun ada assignment jugak..."
pedulik apa aku..meh masuk landscape archi try test dulu laaa..
tapi tak kesahh..i am happy this way. aku kan minah yang strong. kehkehkeh
ni pun studio dah kosong..tinggal la kami beberapa kerat je buat kerja. yang rumah dekat pulak over balik dulu macam duduk thailand, meninggalkan ahli group sendiri buat kerja sendiri.
sangat unfair. kalau korang buat kerja dalam grouping, lepas tu ada orang tak buat kerja tapi dapat markah sama dengan kau orang yang buat kerja separuh mati. apa rasa??
ada rasa nak bagi backhand tak? ke kuntau ke ape ke? 
geram kan? kalau aku la kan..aku biar je tak buat. biar sama-sama kena marah. tapi..
*berfikir kejap*
nanti markah aku pun efect jugak. macam ni la, kau buat kerja tu dengan orang yang nak buat je. yang TAK NAK buat tu..lantak dia. keluarkan nama dia dari group names. PADAN MUKA.
biar dia rasa langit tu tinggi ke rendah. tapi tu laa..susah la kalau baik hati macam aku ni..
*perasan jap*
tak sampai hati pulak nak buang nama dia. dah tegur banyak kali, macam tu jugak. tapi memang kena kutuk belakang la..biasa laa..perempuan kan. suka sangat main cakap-cakap belakang ni. cakap-cakap pun letak jugak nama dia. KESIANN...Korang yang baca ni, muhasabah diri, ada tak buat kerja group sama-sama atau tumpang senang je. buatnya orang yang buat tu tak halalkan markah korang dapat tu..haaaa
fikirla sendiri ye.

P/S--> susah kalau dapat groupmate yang tak boleh pakai ni. buat semak mata dengan otak je.

1 comment:

cIk PikA said...

hahaha.. perkare biase tu cumie.. :p

come.. join this contest..

http://somebodypeace.blogspot.com/2011/07/qistina-1st-ga.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...