::my followers::

Monday, August 6, 2012

hikmah berpuasa menurut sains

assalamualaikum.

salam Nuzul Quran buat semua. :)
alhamdulillah masih berpeluang merasa hikmah ramadhan tahun ini. 

kenapa kena berbuka dengan buah kurma?

“Apabila seseorang dari kalangan kamu berbuka, maka hendaklah dia berbuka dengan tamar. Jika dia tidak ada, maka hendaklah dia berbuka dengan air kerana ia adalah penyuci.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud, kitab Puasa, nombor 2355 dan At-Tirmizi, kitab Sedekah, nombor 658)

tamar dikira sebagai makanan yang paling kaya dengan glukosa lantas dikira sebagai makanan terbaik kepada tubuh pada ketika itu. ia mengandungi kadar nisbah gula yang tinggi iaitu sekitar 75% - 87%  bersamaan 55% glukosa dan 45% fruktosa. fruktosa kemudian akan bertukar kepada glukosa denagn kecepatan tinggi dan akan menyerap secara langsung melalui sistem penghadaman bagi melegakan kehausan tubuh badan.

puasa menjadikan kita aktif.

hasil kajian Dr. Mac Fedan (salah seorang ahli perubatan antarabangsa): 

setiap manusia memerlukan puasa walaupun dia tidak sakit kerana toksin-toksin dalam makanan dan ubat berkumpul dalam tubuh lalu menjadikannya seperti orang skait dan memberatkannya lantas kecergasannya berkurang. apabila seseorang berpuasa, dia akan terlepas dari bebanan toksin berkenaan dan akan merasai kecergasan dan kekuatan yang tidak dialami sebelum itu.

puasa juga boleh mencegah penuaan.

menurut sebuah majalah Britain ' Nature ' mendedahkan tentang kajian saintifik yang menunjukkan berlapar yang terancang atau separa (puasa) akan membawa kepada kecergasan gen-gen yang bertanggungjawab merembes hormon-hormon yang akan membantu sel-sel menentang proes penuaan terhadap manusia serta akan menanbah keaktifan dan kecergasan tubuh.

beberapa cendiakawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa antaranya secara dibawah :

Allan Cott, M.D - seorang pakar dari Amerika menghimpunkan hasil kajian dan penelitian para ilmuwan berbagai negara lalu dibukukan dalam buku ' Why Fast ' 

  1. merasa lebih baik secara fizikaldan mental
  2. melambatkan proses penuaan
  3. membuat seseorang merasa lebih muda
  4. membersihkan badan dari toksin
  5. menurunkan tekanan darah dan kadar lemak
  6. membuatkan badan lebih sihat secara semulajadi
  7. mengurangkan tekanan
  8. menajamkan deria rasa seseorang
  9. memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...