::my followers::

Wednesday, December 12, 2012

Resepi Kuah Yong Tau fu

assalamualaikum! 

first week kembali ke alam universiti yang agak chaotic. I'll update about it later. tapi hari ni nak update pasal resepi yong tau fu yang kita buat sebelum balik ke kampus ni. hehe
berbunga-bunga hati bila ramai yang cakap sedap macam kat pasar malam. :D


bahan-bahan rebusan :)

kuah yong tau fu saya masih di atas api


sempat packing kan dua tupperware yong tau fu untuk inche jimmy dengan my bestie. 


kita guna resepi dari website myresepi and cara-cara masaknya dari blog JintanManis. lepas tu ada la edit-edit sikit ikut citarasa anak tekak saya dengan family. 

Kuah Yong Tau Fu - Resepi asal oleh Kak Minami Myresipi

Bahan-bahannya:

10 tangkai cili kering (saya guna 13 tangkai nak bagi pedas)
gula melaka atau gula merah
bijan goreng (tak letak, saya ganti dengan kacang tumbuk)
gula (kalau kurang manis)
garam
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
sedikit ajinomoto (saya tak letak)
Sedikit sos tiram dan kicap manis

Cara-cara:

1. Goreng cili kering seketika, angkat dan ketepikan, rebus gula merah bersama sedikit air, pastikan gula merah betul-betul larut.
2.Setelah gula merah mendidih angkat dan tapiskan, kemudian masukkan cili kering yang siap digoreng tadi bersama air gula melaka serta belacan di dalam blender, blender hancur.
3. Curahkan bahan yang di kisar tadi di dalam kuali yang berisi minyak bekas gorengan cili kering tadi, masak hingga mendidih, kacau sebati dan masukkan garam.
4. Untuk pekatkan kuah, masukkan bancuhan tepung jagung atau tepung kanji kentang ( katakuriko). Bila dah pekat tu bolehlah masukkan kacang tumbuk.

Tips-tips tambahan dari ros@jintanmanis.com

1. Pastikan menggunakan api yang  kecil, dan jangan sesekali guna api yang kuat untuk menggoreng cili kering.
2. Sentiasa di kacau selalu cili kering yang sedang digoreng, dan jangan goreng cili terlalu perang atau jangan dibiar sampai cili menjadi hitam. kalau cili terlalu perang atau gelap warnanye, kuah yong tau fu akan menjadi pahit.
3. Belacan yang digunakan kalau boleh bakar sedikit, baru di kisar dengan bahan yang lain.
4. Air gula merah perlu ditapis dahulu dan pastikan gula merah mendidih dan larut sempurna.
5. Tambah kan 1 atau 2 sudu kecil minyak bijan dalam kuah supaya kuah menjadi wangi dan membuatkan kuah menjadi lebih sedap.
6. Kuah jangan terlalu cair, biarkan pekat sedikit kerana bila kita campurkan bahan-bahan sampingan yong tau fu yang telah direbus, kuah akan menjadi cair sedikit, kerana bahan yang telah direbus akan mengandungi air.

Saya guna sosej, jejari ketam, kek ikan, bebola ikan, kangkung, tauhu kering dan lain-lain mengikut selera masing-masing.

selamat mencuba. :)

16 comments:

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

wahhh mesti sedap ni,,kawan2 dok puji lebih ni =) nk sikit

cIk cUmIe said...

@NORSHAHFEZA HAMSAN: haha..dah selamat dalam perut dah. terima kasih. :)

intan akma said...

pandai nyer.... ;) saya kalau nak mkn ni cari kat pasar malam je lah...

pemetik bintang said...

whooppsss cumieee! haha ,boleh la nk try nti ^_^

MissUnknown said...

mesti sedap giler ni.. kwn2 pun ckp sedap mcm kat pasar mlm.. rajin buat yong taufu ni.. :)

outbound malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

Alia Laila said...

Wow wow nak kena try ni :D

aini shahroni said...

nyum2..
bru lepas makan yongtaufu semalam..
^____^
nice info..

from ::Arkitek Hati::

ELFarahin said...

Segmen Segmen Lagi!! Jom JOIN :) http://sujuelfarahin.blogspot.com/2012/12/segmen-loike-fbpage-bertubi-tubi.html

Krisz Hanna said...

wah nampak macam sedap je, nak try lah nanty.... :-)

Nisah Idham said...

salam ukhwah..
nampak sedap la dik..
nanti akak pun nak try resepi ni.
thanks sharing here (^_~)

NurainSuperr said...

amboi macam sdap je :)

Nurul EL-Huda said...

boley buat niaga..... heee, (:

Suspek Utama said...

haha..bole buka gerai dh la kt pasar mlm..hehe

Lesung Batu said...

salam kenal adik..peberet akak ni..nyum2 :)

fatin hanisah said...

waa!! lme x mkn yong tau fuu!! lpar pulak ptg2 nih . BW ptg! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...