::my followers::

Wednesday, August 21, 2013

Dilemma

Assalamualaikum,

it's been ages since I last update. haha. Ages la sangat. Hiperbola melampau. Raya dah pun menjelma dan bakal berakhir tak lama lagi. tahun ni aku tak ada entri raya. Maafla. Just aku ucapkan Selamat Hari Raya. Tahun ni raya aku tak berapa nak meriah. Entah la kenapa..sebab aku bekerja kot. banyak benda nak fikir. Nak masuk degree lagi. Hidup aku memang penuh dengan dilemma. Habis satu dilemma, muncul dilemma lain pulak. Cerita basi, ingat tak last time aku punya kepoh pasal nak futher degree or not? yaa..I applied for it. masa tu, dengan penuh yakin aku rasa aku dapat sambung Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap (Kepujian) UiTM. 

Tapi bila check kat portal. Nama aku takdo. Boleh kome bayangkan tak apa aku rasa masa tu. Hahaha. Udah le tengah kerja time tu. On the way balik kerja, rasa nak nangis telefon inche jimmy. *sebab dia dapat* punah segala harapan nak berjaya sama-sama. kah3

Lastly, dia tolong check kan, sebab dia tak percaya dengan aku. Dia kata aku ni bukan betul sangat. careless! At last dia kata aku dapat. Aku ingat dia saja nak prankkan aku. Nak jaga hati ke apa. Rupanya aku salah check tadi. Punya gelabah sampai salah klik keputusan pilihan pengajian. I was so happy at the moment. 

Tapi sekarang kembali serabut otak memikirkan yuran yang nak dibayar, nak apply Yayasan ke nak pinjam PTPTN. PTPTN menjadi isu besar sekarang. Diploma dulu dah ambil PT. takkan degree nak ambil lagi. Tapi tu jelah pilihan paling mudah. Mudah sekarang, tapi tak tahulah masa depan nanti. Kalau apply Yayasan Negeri Sembilan dan seangkatan dengannya kena tunggu 3 bulan. 3 bulan tu bukan confirm dapat pun. It's whether yes or no. Dalam masa 3 bulan tu, aku rasa malu pulak kalau nak mintak duit mak ayah. Family aku bukan senang sangat pun. Yuran and kolej semua tu I can use my own money. ada la simpan sikit duit gaji. Arghh. Dilemma. 

p/s---> thanks and sorry for those yang menjengah ke sini. I don't have enough free time nak jenguk semua balik but I'll make myself free sometimes in the future. :)

2 comments:

binibeckham said...

pecah kaca sapu jelah. haha hang punya otak sama dengan cik noh. penin kepala

obat herbal penyakit said...

semangat yah jangan dilema terus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...