::my followers::

Sunday, January 30, 2011

sebulan di uitm

wee...hye guys.
cik cumie dah sampai rumah semalam..naik bas lagi youu.
huhu..kematu punggung duduk 6 jam dalam bas. nasib la ditemani oleh inche jimmy sayang, adik nina and mek eqa. muahaha
*tah sape-sape la an. korang bukan kenal pun mereka. hahaha*
even seronok balik rumah, tapi sedih jugak sebab cik cumie tengah demam ni..
uhuk3..tengs ye awak yang jaga saya dalam bas semalam.
hehehe
dah dah..cukup pasal semalam. meh nak cerita..


uitm cuti semester seminggu je. tapi..
aku tak cuti sampai seminggu pun.
hari jumaat nanti kembali semula ke uitm terchenta.
sebab..
5 haribulan tu nak berangkat ke LANGKAWI..
hooyeaahhh! tak sabar. tak sabar sangat-sangat nak pergi langkawi.


*wink wink*


pergi sana sebab ada trip studio laa..sem ni memang banyak berjalan pun.
januari hari tu..trip ke KL. februari ni ke langkawi..mac pulak ke penang.
hohoho..best tak?? best kan?
duit pun banyak habis daa.. :(
assignment pun berlambak..uwaaa..
dengar cerita uitm nak ubah sistem cuti ea?
siapa yang betul-betul dah khatam kaji bende ni..cepat bagitaw aku!
dengar kata, nanti cuti sem just 3 minggu je and the next following sems cuti EMPAT bulan. sebab dia nak separatekan degree dengan diploma students.


huu..uitm dihatiku seyh.




p/s--> huu..baru sehari dah rindu awak la inche jimmy. sob sob.
          hujan dan hujan dan hujan. saya dah nak beku la kat sini..

Tuesday, January 18, 2011

setelah lama menyepi..

salam guys..
lama dah tinggalkan blog sayang ni..
bersawang-sawang dah..
start je semester baru ni..terus kelam-kabut sket.
dengan perasaan malas yang melanda..haihhhh
kenapa mengapa dan bagaimana cik cumie menjadi semakain malas ni???
oh tidakkkk....


last week pergi trip ke kL
studio trip..
terkejut jugak sebab awal-awal semester dah ada trip.
tapi dah lecterer kata macam tu takkan nak di lawan kan???
nanti di cop student derhaka..
tamau mak nyahhhhh oiii...
hahaha
maaf la..entri yang agak meroyan sikit.
bahana terlampau pressure..
ye ke terlampau pressure?
tipu ni...mana ade..
malam tadi da meroyan dekat studio.
hahahaha
bengong tol dak-dak kelas aku..tak bole la tengok cik cumie ni senang hati sikit.. mesti nak di usik. nak pulak afnan dengan yasser. heeeee


trip ke kL last week, berpusat di bukit bintang ye kawan-kawan.
tapi kitorang bermalam kat brisdale hotel..chowkit je.
tengok teater kat Lot 10 tu..
someone who'll watch over kot title dia..
aku tak paham sebab aku lalok je dalam tu..bahana tak cukup tidur siapkan assignment sketches on site malam sebelum tu.
segala mall dekat BB tu kitorang jelajah tapi sebab buat kerja okay..
sape pandai mencilok masa tu dapat la shop kejap.
dari pavi masok farenheit, gi times square, Lot 10, ari last pergi the curves.
huihhh..memang nak juling mata tengok signboard SALE merata-rata.
tapii..sob sob
kerja tak siap tak boleh la nak shop..
T.T
paling best masa dekat monorel station. kitorang ada 8 group aw.
setiap group dah di tetapkan transit kat station mana.
group aku yang ada rara,lya,ath,kj,gee and nina dapat stesen bukit nanas.
berterbangan la kitorang dekat stesen bukit nanas tu.
macam artis jalanan dah gaya. mat-mat salih yang lalu pun snap-snap pic ktorang. keh keh keh.
kutkan on site ktorang tak boleh snap-snap taw..tapi pedulik hape.
bukan lect ade an. skali kantoi plak..tengah syok2 snap-snap, lect sampai.
nasib tak kena fire. 
*tunjuk gigi*


paling best i got someone who took a good care of me there..
*muka malu-malu*
hahahahha
thank to you dear.
even kome kadang-kadang wat aku menyirap jewk.


sekian, wassalam!



Friday, December 24, 2010

jalan-jalan sambil makan siri I

hello everyone and salam. :)
hari ni cik cumie makan banyak..memang sekarang kerja nak makan je..
so untuk mereka-mereka yang suka makan macam cik cumie, jum jalan-jalan sambil makan. hehehe


The World of Coca-Cola, Atlanta 
Ahli farmasi, Dr. John Pemberton memperkenalkan minuman soda pada penduduk Atlanta pada tahun 1886. di sini korang dapat tengok sejarah dan pameran memoribilia 'World of Coca-Cola'. korang jugak boleh tengok proses tradisional Coca-Cola dibotolkan. tarikan popular ialah 'Spectacular Soda Mountain'. sebuah stesen air layan diri yang memancutkan minuman setinggi 20 kaki tepat ke dalam cawan anda. kawasan seluas 20 ekar (81,000 m2) terletak di berhampiran Baker Street dan Centennial Olympic Park 

121 Baker Street
Atlanta, GA
(404) 676-5151


koleksi papan iklan sepanjang zaman

proses pembotolan Coca-Cola. :)


Hershey’s Chocolate World, Hershye PA. 
dibuka pada June 30, 1973 dimana korang akan rasa macam berada di kilang Willy Wonka di alam realiti. alaa..cite charlie and the chocolate factory tuu..paling best boleh makan coklat sebanyak mana yang korang suka.
*wink wink* i likeee!
boleh tengok persembahan muzikal Really Big 3-D, the Hershey Trolley Works, Factory Works Experience, and a free Chocolate Tour ride.
Hershey's Chocolate World mempunyai tempat-tempat yang memang best macam Hersheypark, Hersheypark Stadium, Hersheypark Arena, Hershey Museum, dan GIANT Center. korang jugak boleh pergi spa coklat yang terletak dekat Hershey's Hotel. try Whipped Cocoa Bath, Chocolate Bean Body Polishing, Cocoa Massage and Chocolate Fondue Wrap.

Hershey's Hotel
 reception dekat spa coklat. waauuu..
 cocoa massage..macam syok je. 
sedapnyer..masuk mulut terus boleh takk??
weee..sedapnyer. sedapnyer. nak pergi sini..jum ramai-ramai wat rombongan pergi kilang hershey's. by the way..later cik cumie update entri untuk jalan-jalan sambil makan siri II ye..tunggu...
:))

Wednesday, December 22, 2010

i wanna be a child again

salam peeps..wee dah beberapa hari menyepikan diri.
bosan and malas laaa..nak pulak beberapa hari ni sibuk dekat kedai tu.
hari ni cik cumie cuti..so kena paksa ikut ibu pergi tadika dia.
ada la some classes with the children.
tengok dorang yang kecik comel tu teringat zaman-zaman dulu.
zaman bergaduh-gaduh hingus meleleh tu. hahaha

sepanjang berada dengan dorang aku asyik tahan gelak je.
yela..dengar dorang bercerita. bukan gaya macam korang bergosip tu ea.
ni kanak-kanak ribena punya style..

"mak kite masak ayam madu hari ni, mak kau masak ape?"
"ehh, tu anak cikgu la. nama dia sama ngan kite.."
"kau tak tunggu aku semalam, sebab tu aku tak nak kawan kau."
"takk..aku nak kawan dengan kau la.."
"tapi kau janji taw lepas ni tak kawan dengan dia."
"ehh, haziq dah siap la. aku tengah lumba dengan dia ni."

serius kelakar..aku asyik tahan gelak je.
dah la semua comel-comel je. macam nak culik pun ada.
i prefer girls dari boys. boys lasak laa umur-umur macam tu..huhu
girls comel je..lagipun aku boleh tocang-tocangkan rambut dorang. hehe
tadi berkenan ngan sorang budak ni. nama dia suzieliana. tengok, nama pun nak glamour, mak-mak zaman sekarang memang laa..haha
ada yang nama angelina julie youu..


 sekarang tengok soalan ni kacang gila sangat. dulu kecik-kecik sampai nak pecah kepala fikir. :)
yang baju pink bersepit rambut tu la suzie..comel kan??

sampai garu-garu kepala wat kerja. haha

bestnyer la hai jadi kanak-kanak. tak payah fikir masalah..bila masa main, main je. bila masa belajar pun main lagi. tak kenal pun still boleh main sama-sama. :))




Sunday, December 19, 2010

kembali normal

dua hari lepas cik cumie dilanda taufan katrina.
hahaha..mentang-mentang port dickson dilanda ribut ari tu.
nak jugakkk..


*wink wink*


apa-apa pun setelah menjalani terapi shopping dan wayang dengan cik naqie.
cik cumie kembali normal..hahaha
to those yang nasihatkan cik cumie tu..tengs a lot yeah.
sometimes strangers are the one who heals..
:))




p/s--> baru tengok rapunzel sebab narnia full! 
          tapi seriously rapunzel sangat comel! 
          btw..cik cumie dapat kolej! aminnn..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...