::my followers::

Monday, May 7, 2012

hadiah simple untuk ibu!

assalamualaikum and selamat petang. baru waktu ni ada kelapangan nak share pasal hadiah hari ibu yang aku buat sendiri ni. al maklumlah, sekarang ni tak kerja, tu yang ala-ala papa kedana tu. hehehe. so even tak ada duit, dapat jugak aku bagi hadiah kat ibu. orang kata, mahal or murah bukan persoalannya, tapi nilai and keikhlasan tu yang penting. 
*wink wink*
tapi idea ni bukan la idea aku, aku edit-edit ikut kesesuaian and kemampuan je. i'm just being creative. :p  
terima kasih buat inche google yang berjaya memberi aku penemuan berharga ni. cewahhh..ayat skema penulisan bahasa melayu tingkatan 1. haa, dah la tu, penat membebel panjang-panjang ni. special thanks to Ambrosia for this creative and splendid idea.

TINY POLAROID MAGNETS


bahan-bahan yang diperlukan:

*craftboard (seelok-eloknya putih)
gam UHU/gajah/glue gun. mana-mana ikut citarasa korang.
magnet. kalau ikut Ambrosia, dia guna magnet pelekat magnet yang ada jual dekat Amazon.com je
kalau kes aku ni, aku guna magnet yang orang guna kat office tu. lepas tu aku ketuk dengan hammer sampai boleh tanggalkan magnet dia tu. ganas sikit la cara aku ni.hahaha
cutter
photo paper
printer
editing software - adobe photoshop, paint.NET or ape-ape yang korang rase senang,
double sided tape/spraymount
marker putih
pembaris besi
 cara-cara nak buat:
  1. mula-mula edit gambar korang jadi polaroid image. saiz tu ikut suka korang. kalau nak macam aku punya ni, boleh download dekat sini. or kalau nak edit sendiri ambil template dari blog Ambrosia

2. lepas dah print tu tampal gambar korang atas craftboard guna spraymount atau double sided tape. aku guna double sided je sebab malas dah ada kat umah ni


3. potong gambar kecil tu berhati-hati. pastikan cutter korang tajam.


4. lepas dah potong kecil-kecil tu, lekatkan magnet dekat belakang dia guna gam gajah or gam UHU.





5. dah siap magnet polaroid. bungkus cantik-cantik boleh hadiahkan dekat sesiapa ikut occasion. 
selamat mencuba.

3 comments:

NaJiHa said...

comel je..huu untung org kretif :)

NaJiHa said...
This comment has been removed by the author.
cIk cUmIe said...

@najiha: alaa..semua orang boleh buat la. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...