::my followers::

Monday, November 12, 2012

my girl sedang di selamatkan.

assalamualaikum. 

entri pasal Mok, my baby girl yang baru 8 bulan. :)
dah jumpa dia pagi tadi tapi keadaan dia semakinlah teruk. so bawak dia jumpa vet. kesian tengok dia tak mampu nak berdiri pun. luka-luka dia semua dah berulat. sebab semalam a whole dia she went M.I.A and tiba-tiba pagi tadi muncul depan porch belakang rumah tengah minum air. dia mengiau je sebab sakit kot. 

she can't even move her body :(

kena cucuk masuk air. wuuu

she need to stay there for a night.  doc nak stabilkan keadaan dia.

huu..sedih kena tinggalkan Mok kat sini. 

p/s--> lets get better soon okay baby. *aku memang suka bercakap dengan kucing sebab kami ada chemistry. muahahaha*

Saturday, November 10, 2012

be strong girl

assalamualaikum geng. :D

hari ni gua nak cerita pasal kucing gua. nama dia Mok. sebab dia suka makan dan gemok. tapi malangnya semalam dia dah injured sebab kena serang dengan musang. haishhhh..aku bunuh jugak musang ni nanti. dah empat kali dah kucing-kucing aku kena serang. kucing aku yang pertama kali kena attack tu, Kenit nama dia. dah mati dah. kesian dia..yang kedua, Salem macam kucing Sabrina The Teenage Witch tu selamat, bawak pergi vet. alhamdulillah sekarang dah gemuk dan sihat. :D
and current attack kena dekat Mok..malam tadi. menyesal tak kurung dia dengan abang-abang dia. adik aku kata dengar bising-bising pukul 3 pagi. lepas tu jumpa dia dalam longkang besar depan rumah. nampak la dia bergelut dgn musang. 

since pagi tadi jumpa dia, dia tak berbunyi langsung. she's a bit shaky..traumatized bak kata ayah. makan tak, tidur je. aku tak mandikan dia sebab badan dia byk luka. so just lap bulu dia guna kain tuala basah nak hilangkan kotor air longkang tu. ayah cakap tak payah bawak pergi vet dulu..sebab luka dia macam bruises je. tapi kalau esok masih teruk lagi or bengkak ke apa, baru bawak agaknya. so let's hope she will get better soon. :)


above: mok punya condition tadi. below: mok masa dia 5 bulan. :)

Friday, November 9, 2012

insyaAllah it will be like that. :)

assalamulaikum.

result untuk student UiTM peringkat diploma dah pun keluar. selamat pada yang dah mencapai target masing-masing. me? tak mencapai target tapi hampir-hampir. alhamdulillah juga untuk itu!

berbakul tahniah juga la yang mampu aku dapat. tapi itu bukan yang diharapkan actually.
i want the feelings that satisfy yourself. can you imagine it? maybe perasaan tu dah pun aku dapat semalam, bila semua orang ber'facebook' dan ber'tweet2' pasal result yang bakal diterima. aku sejak mula cuti, sejak semalam dan juga pagi tadi. masih tenang. perasaan yang korang rasa bila korang confident suatu benda tu takkan berubah menjadi teruk. yes. that was what I felt right from the start. and it also ended good. not as accurately I've been targeting. 

tapi sekarang aku rasa sedih. sedih sebab result. tapi bukan sedih sebab result teruk. sedih lepas mengumumkan pointer aku dekat ayah aku. I was happy until that moment. 
"ayah, result dah keluar dah tadi. kak long dapat blablabal"
"banyak tu je?" *lepas tu rasa macam ada orang tembak straight dekat jantung.*
"a'ahh..tu je yang mampu setakat ni."
"takpe la."

see..i wasn't good enough even everyone else did envy with what i got. kalau orang lain dah dapat tiket pergi legoland. macam kawan aku seorang ni. her dad promised to give her a ticket to Legoland if she'd managed to achieved what i had achieved today. even a single 'tahniah' pun tak ada. lagilah kalau nak dapat 'bagus anak ayah. macam tula.' 
itu susahnya kalau jadi 'budak pandai' dari sekolah rendah. everytime you had an exam, they will expect more. always more than what you've ever got. kalau sem ni dah dapat 3.60 sem depan kena tinggi lagi. dapat 4.00 lagi bagus. kalau ada pointer sampai 6.00 pun mesti kena dapat 6.00 tu. penat. 


status pujuk diri sendiri. haha

dulu aku selalu skor sebab nak buat dia happy and i did made them happy. tapi tak mampu lepas masuk U ni. course aku bukan exam semata-mata. bukan menghafal, mengira semata-mata. course aku kena buat semua benda tu dan juga melukis, mewarna dan seangkatan dengannya. aku paling pantang kalau budak course lain, tak kesah la apa-apa pun yang exam sampai 7,8 paper lepas tu keluar statement


aku lagi rela melukis-lukis, kaler-kaler dari exam 7,8 paper ni. sebab semua orang boleh kaler dgn lukis.

cakap jangan sebarang cakap,  nak cakap tu pandang-pandang sikit. tak tahu jangan cakap. tak rasa lagi jangan nak komen apa-apa. maybe my dad pun macam those people. assuming Diploma in Landscape Architecture ni senang nak skor. tak apalahhhhh. I'll assume mereka tak faham. hopefully they'll get it someday. insyaAllah it will be like that. :)

Thursday, November 8, 2012

what goes around comes around

assalamualaikum peeps! :D

sorry..i've been busy tapi i'm back with everyone favourite's topic. pernah tak fikir sesuatu sebelum korang buat benda tu. especilly towards someone? kononnya macam having an affair with her boyfriend, then diaorang break and you got him. tapi empat tahun lepas tu, kau dah mula serious dengan some other guy (bukan ex-boyfriend bestfriend tu) but then boyfriend kau tu pulak ada affair dengan current bestfriend kau. haaa..hambekkk. menangis tak berlagu la kau. baru tahu langit tu tinggi ke rendah. inilah namanya KARMA.
macam lagu Alicia Keys tu. Justin Timberlake pun ada lagu What Goes Around.
semua ni pasal apa yang kita dah buat dulu-dulu tu balik dekat kita. 

siapa kata dekat akhirat je dapat balasan? dekat dunia pun dah boleh dapat ye. lepas tu tak semestinya nak buat jahat je baru ingat pasal ni. kalau nak buat baik pun lagila bagus. nanti ada orang lain pulak buat baik kat kita. ye tak? pernah dengar tak, ustazah ke ustaz ke cakap,

apa yang kita buat dekat mak ayah kita, nanti anak-anak kita buat lagi teruk dari apa yang kita buat sekarang. 
sometimes, kita tak sedar pun, ada masa kita banyak sangat masalah, dugaan segala. lepas tu duk persoalkan kenapa diuji mcam ni. semua yang terjadi tu sudah pasti ada hikmah. tapi..cuba muhasabah diri balik, fikir, selongkar memori dalam kepala lutut tu eh, kepala otak tu, mana tahu ada terguris mana-mana pihak lepas tu doa dia termakbul pulak? sebab tu la aku selalu fikir panjang nak buat something. biar orang buat kita, jangan kita buat orang. tapi kadang-kadang mana tahan kan? okaylah. cukup lah tu untuk bebelan malam hari ni. 
renung-renungkan lah ye. :D


p/s ---> good night/morning/afternoon/evening peeps. *sila sesuaikan ikut keadaan* boo hoo. :D

Sunday, November 4, 2012

Fynn Jamal vs Ainan Tasneem

hello and assalamualaikum guys.
korang kenal Fynn Jamal? 


Fynn and her husband, Fitri. :)

*kenal-kenal. yang nyanyi lagu 150 juta tuuu..lagu ti dia tulis untuk husband dia*

okay..korang kenal Ainan Tasneem?


Ainan. :)

*lagi la kenal..dah keluar radio dah dia. comel je dia nyanyi lagu keluang man kt youtube.*

good. senang la aku nak cerita kalau macam tu. semalam kenduri kahwin abang sedara aku dekat ampang. so we're heading to ampang on the friday evening. lepas tu aku dengar la lagu 150 juta ni dekat radio. i was so suprised that lagu Fynn pun dah keluar radio. waa..sekarang memang orang cari youtuber's sensation buat rakaman. ikut nyanyi sekali sampai habis. tapi lepas tu I was suprised once again sebab it was mention that Ainan yang nyanyi lagu tu. ada rasa sedikit tak puas hati. 

lepas tu balik malam tadi, aku pun buat research. haha
and jumpa ni. hmmm..and i think Ainan tak salah. just salah recording company. asal Ainan cover je nak terus record. apsal lagu keluang man tu tak record pulak? *tah tah dah record* haha
menurut artikel tu. (boleh baca kat sini.) Fynn dah bagi green light untuk Ainan nyanyi lagu tu tapi isu copyright, penulis lirik and lagu mesti la kena state Fynn Jamal kan?

petikan status Ainan dekat facebook. :)
Assalamualaikum. Post ini mungkin panjang, maaf. Terasa banyak soalan yg sama kerap diutarakan kpd Ainan tentang lagu 150 juta. Penat rasanya nak ulang utk menjelaskan kenapa dan mengapa tentang perkara yg sama, tapi biarlah ini menjadi penjelasan terakhir daripada Ainan tentang perkara ini. Maksud Ainan, penjelasan terakhir Ainan di alam maya. Bukan di sidang media atau selainnya. Pertama sekali
 kepada semua peminat Fynn Jamal yg berasa tidak senang disebabkan nyanyian balik Ainan utk lagu 150 juta, Ainan betul2 minta maaf. Sejujurnya daripada dulu sehingga kini, Ainan tidak pernah sekali pun mengatakan bahawa lagu 150 juta adalah ciptaan Ainan. Tidak pernah sama sekali. Ainan cuma kata lagu 150 juta ini adalah single kedua Ainan, dan lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya daripada kak Fynn sendiri. Bagaimana terhasilnya lagu ni adalah kerana pihak syarikat rakaman Ainan yg sangat berminat dgn hasil ciptaan kak Fynn keatas lagu 150 juta dan mereka berasa rugi sekiranya lagu ini tidak dibawa ke mainstream. Oleh sebab itu, mereka cuba menghubungi kak Fynn dan menjelaskan tentang perkara ini dan seterusnya kak Fynn telah sign agreement bsama pihak syarikat rakaman as a composer and a lyricist tapi bukan sbagai penyanyi utk lagu ini (sekiranya lagu ini dbawa ke tahap mainstream). Dan keputusan sebulat suara telah dibuat oleh pihak syarikat rakaman, utk memberikan peluang kpd Ainan utk menyanyikan lagu ini kembali. Secara jujur, Ainan berasa sangat takut pada mulanya utk menyanyikan lagu ini kembali kerana Ainan tahu lagu ini milik kak Fynn dan org dah tahu lama lagu ini lagu beliau. Lagu yg sangat unik dan liriknya begitu indah, terasa diri ini kerdil dan tidak layak sama sekali utk Ainan nyanyikan kembali lagu ini. Siapalah Ainan? Tetapi,setelah mendapat nasihat dan motivasi diri dari pihak sykt rakaman, keluarga dan rakan2 Ainan, Ainan mula fikir positif. Ainan nak jelaskan, bila Ainan nyanyikan lagu kak Fynn ni kembali, Ainan tak pernah ada sekelumitpun rasa 'Oh ini lagu aku punya','lagu ni best, boleh pergi jauh, biar org lebih ramai minat aku dan suka aku' atau apa2 sangkaan yg sama taraf dengannya. Malah, bila Ainan dpt peluang menyanyi lagu seorang komposer yg bagi Ainan sangat hebat orangnya, Ainan hanya fikir satu. 'Aku nak orang lain, orang yg tak pernah dengar lagu ni (disebabkan lagu ini pada asalnya tidak pernah dimainstreamkan) sedar bahawa lagu ciptaan Fynn Jamal sama hebat sebaris dgn komposer2 lain yg tkemuka di Malaysia. Mungkin ramai orang luar di sana yg tidak ada kemudahan internet tak pernah sedar tentang kewujudan lagu ini.Aku nak kongsikan lagu hasil ciptaan beliau ini kpd semua masyarakat Malaysia.' Anggaplah ini satu cara utk Ainan perkenalkan hasil nukilan kak Fynn kpd lebih ramai orang. Bukan utk Ainan, bukan sebab 'Aku penyanyi lagu ni, ini lagu aku. Org akan lebih minat aku'. Sedih rasanya bila orang kerap salah anggap dan buat tafsiran yang bukan2. Senang cerita, kalau kalian rasa lagu 150 juta yang Ainan nyanyikan balik tidak enak utk didengar, tidak mengapa. Berhenti dengar. Cuma Ainan nak ucap tahniah sebab kalian orang yg bertuah kerana pernah mendengar dan tahu tentang kewujudan lagu 150 juta yang dicipta oleh kak Fynn yang tersangat hebat ini. At least, tugas Ainan utk berkongsikan lagu ini kepada semua orang di Malaysia, sudah berjaya. Apa jua kritikan yg membina, Ainan terima dengan hati terbuka. Terima kasih :)
okay then. huuu. well, tapi first cover yang Ainan buat tak best la dari original yang Fynn Jamal nyanyi. but lepas dah recording, aku pun dah tak cam suara siapa. haha. all the best Ainan. hihi..ingat dulu pernah buat post (klik sini kalau nak baca.) pasal Ainan before dia jadi retiss. :p 

before I end my post here. i would like you guys to watch and hear this. the original version of 150 juta by Fynn Jamal tapi dengan video comel and the cover version by Ainan Tasneem yang dah jadi 2nd single beliau. :)





credit: pic from blog Fynn Jamal. pic from Twitter Ainan Tasneem.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...