::my followers::

Saturday, July 16, 2011

bila kerja grouping tak macam kerja grouping.



assalamualaikum guys..
hari ni nak balik Seremban! oh yeah!!
ikutkan cuti seminggu..tapi....
*sob sob*
kitorang budak-budak landscape archi cuti beberapa hari je. sebab ada submission kerja on 22nd July. 
OMG..orang lain balik kampus 25th, kitorang je balik 22nd. tu pun ada yang balik lagi awal. 
*muka seposen mintak kesian*
kalau cuti beberapa hari balik melenggang tanpa 'supplement' tambahan tak apa.
ni ada pulak asignment lain yang agak berlambak ye. 
alaaa...msti ada yag cakap macam ni..
"orang lain pun ada assignment jugak..."
pedulik apa aku..meh masuk landscape archi try test dulu laaa..
tapi tak kesahh..i am happy this way. aku kan minah yang strong. kehkehkeh
ni pun studio dah kosong..tinggal la kami beberapa kerat je buat kerja. yang rumah dekat pulak over balik dulu macam duduk thailand, meninggalkan ahli group sendiri buat kerja sendiri.
sangat unfair. kalau korang buat kerja dalam grouping, lepas tu ada orang tak buat kerja tapi dapat markah sama dengan kau orang yang buat kerja separuh mati. apa rasa??
ada rasa nak bagi backhand tak? ke kuntau ke ape ke? 
geram kan? kalau aku la kan..aku biar je tak buat. biar sama-sama kena marah. tapi..
*berfikir kejap*
nanti markah aku pun efect jugak. macam ni la, kau buat kerja tu dengan orang yang nak buat je. yang TAK NAK buat tu..lantak dia. keluarkan nama dia dari group names. PADAN MUKA.
biar dia rasa langit tu tinggi ke rendah. tapi tu laa..susah la kalau baik hati macam aku ni..
*perasan jap*
tak sampai hati pulak nak buang nama dia. dah tegur banyak kali, macam tu jugak. tapi memang kena kutuk belakang la..biasa laa..perempuan kan. suka sangat main cakap-cakap belakang ni. cakap-cakap pun letak jugak nama dia. KESIANN...Korang yang baca ni, muhasabah diri, ada tak buat kerja group sama-sama atau tumpang senang je. buatnya orang yang buat tu tak halalkan markah korang dapat tu..haaaa
fikirla sendiri ye.

P/S--> susah kalau dapat groupmate yang tak boleh pakai ni. buat semak mata dengan otak je.

Sunday, July 3, 2011

jalan-jalan sampai lebam

assalamualaikum to all readers. :)
minggu lepas dah merantau ke merata-rata tempat.
trip studio weyh. mesti korang pelik je an bila dengar aku nak mention nama-nama tempat yang kitorang pergi. 
hari pertama, 26 Julai 2011 kami bergerak ke Genting Highlands dengan menaiki bas Uitm terchenta. huhu
sampai sana dalam pukul 3. naik skyway..tapi malang jugak la sebab sampai sana hujan. huhu
kena tunggu sampai pukul 4 or 5 samtu baru boleh main rollercoaster sume. malam tu pun still jalan-jalan lagi keliling plaza. dinner kat kfc je. huhu..dengan inche jimmy and fea. fea jadi photographer tak bergaji kitorang jela. keh3..sorry fea. :)
shopping-shopping sket..balik tidur sebab karoeke jamban dah tutup. nak masuk room, tapi tiga orang je. malas laa..tidur lagi baik. esok paginya tu dah nak gerak ke kuala gandah. tengok gajah. 
gajah kat sana memang comel. huu..merasa la naik gajah, mandi gajah, bagi gajah makan. ada anak gajah tu suka makan gula-gula mentos weyh. huhu..bagi makan kacang. dia sedut kacang guna belalai. rasa macam vacuum ke. yang gajah besar bagi makan tebu. tu pun pandai gajah ni..orang hulur tebu dia ambil je semua campak kat bawah. means dia kumpul dulu la bagi banyak. tamau gajah lain ambil yang kitorang bagi. :)
masa mandikan gajah, aku tak join. tolong pegang barang-barang oang lain je. tolong rakam video inche jimmy mandi dengan gajah. hahaha..kelakar. comel gila anak gajah tu. nama dia sanum. sanum ni tak ada ekor sebab kena serang dengan harimau masa dalam hutan dulu. kesian sanum.. :(


sebelum mandikan anank gajah tu, kitorang kena wat keje dulu laa..wat inventori dengan analysis pasal site kuala gandah elephants sanctuary ni. tapi aku handle pasal data collection je dekat information centre dia. sedangkan orang lain sedang sibuk mengukur site segala bagai. keh3
ari kuala gandah kitorang ke janda baik. saja spend time kat sana. ada bbq malam tu..tidur dekat centella asiatica. dia macam homestay laa..cantik weyh. ada tasik kat depan. pastu belakang homestay ada sungai. best gila laa..lecturer aku sibuk suruh kitorang berkemban ramai-ramai mandi tepi sungai. tahpape an? hahaha
tapi memang enjoy la..even masa mula-mula aku keberatan sebab teringat kenangan dengan cik nad and cik za masa trip kitorang ke genting masa dekat matriks dulu. :(






lagi satu ni berita sedih..sorang budak studio aku accident kelmarin. teruk jugak la. tulang kepala dia retak. esok dia terpaksa jalani pembedahan nak betulkan retak dekat kepala dia tu. doakan dia selamat ye. semalam kami ramai-ramai melawat dia dekat hospital. 



 lepas melawat dia, kitorang singgah ipoh parade. shopp-ing! gila betul aku. haishh..rambang mata habis la. paling tak boleh tahan, inche jimmy sorang ni. akhirnya dapat nike air max idaman. hahaha..bila keluar je mesti tengok kasut. setiap kali. =.=
sampai aku pun dah tersuka kasut. :) 




 p/s--> he bought me a domo. thank you! :)

Friday, June 10, 2011

AMARAN: Jangan bawa handphone pergi toilet.

assalamualaikum readers..aku sekarang dah semakin malas nak menghupdate blog. tak tahu la kenapa.
rasa cinta terhadap awak wahai inche blog dah semakin berkurang. jangan salahkan saya..T.T
*jiwang karat kejap*


handphone aku jatuh dalam jamban lagi. pelik tak? untuk yang kedua kali. mesti korang cakap macam ni kan?
" buat apa la bawak hp masuk jamban? dalam jamban pun nak mesej ke?"
tak pun..
"eee..kau buat ape bawak hp masok jamban????"


ha.ha.ha
aku tak kesah dah apa orang nak cakap. alasannya..masa tu aku baru je sampai bilik. bukak pintu..tengok aku sebilik dengan junior. dan bilik tu masa itu sangat la tak terurus. inche jimmy sedang menunggu di bawah sebab nak teman aku mencari rezeki. huhuhu. dengan hati yang bengkek, aku pun keluar..call inche jimmy nak melepaskan rasa tak puas hati. pergi jauh sikit dari bilik, sebab tak nak roomates baru dengar. sampai la depan toilet. lepas call, ingat terus nak turun bawah. tapi tiba-tiba nak terkencing la pulak. aku selit jela hp kat poket depan. 


*dulu jatuh sebab selit kat poket belakang. so, ingat kali ni selamat la*


hajat di hati tak sampai..hp pulak jatuh dalam jamban tu. aku maklum dah memang tak boleh nak ambil balik. kesudahannya, aku menangis tersedu-sedu turun bawah blok jumpa inche jimmy. 
reaction inche jimmy mula-mula bila aku bagitahu sangat la tak membantu. aku tak tahulah dia terkejut ke, rasa macam nak gelak ke apa. dia diam je tengok aku melalak berjurai-jurai air mata tu. yang kawan aku lagi sorang gelakkan aku. tahu dah..mesti kena gelak. akhirnya, dua hari hidup tanpa handphone. aman hidup. i can do whatever i want without any people calling and asking. tapi...susah la sebab kat u ni, nak buat kerja, kelas cancel ke pa semua nak kena contact orang. soo..nemo, my bestie kat sini, bagi pinjam hp lama dia. sony k660i. 
"cumie! bape kali nak tukar hp ni?? puasa tahun lepas baru je  beli sebab jatuh jugak."
bila dia mention puasa tahun lepas..tahun lepas. PUASA. baru aku sedar tak sampai setahun pun jangka hayat hp tu. ni tak masuk puasa TAHUN NI lagi. i didn't tell my parents about this. i don't have the guts to tell. kawan aku cakap..
"cakap je kau tolak hp sebab tak ada duit sementara ptptn masok.." 
hmm..entahlaa.


p/s-->teringat hp lama..

Friday, May 27, 2011

tersedar kembali.

assalamualaikum guys..
malam ini malam terakhir dekat rumah.
tiba-tiba sedih pulak..hari tu bukan main bosan lagi duduk rumah.
layan si kecik kenit main tadi..sedih pulak nak tinggalkan dia. nanti semua orang tak ada kat rumah..tak ada siapa nak layan dorang main.


*diam sekejap*


esok pagi sudah mahu tinggalkan rumah..seorang diri lah nampaknya. kak fiqa dah ambil keputusan nak ke ISM. fast track untuk budak-budak diploma uitm.
tadi jalan-jalan ziarah blog-blog lain. terjumpa blog Dr.Cinta
tertarik hati nak baca post yang ini: Ikhtilat 3: Ya Allah, berikan aku cinta


sangat-sangat bermakna. 
*terdiam sebentar*
pernah mengalami perasaan ini. tapi sekarang sudah try let it go. ways to be happy is trying to let go kan..let bygone be bygone. :)
kami tak bermusuh. tapi mungkin tak rapat macam dulu.
and rasa menyampah tu masih ada. tak boleh nak dikikis lagi. mintak ampun la banyak-banyak.



p/s--> keep your heart healthy. jasmani and rohani, :)
until we meet again. sayang kamu inche blog.

jom buat famous amos sendiri :)

assalamualaikum!
memandangkan esok dah nak balik, hari ni semangat baking..huhu
plan asal nak buat blueberry cheese cake untuk inche jimmy..tapi cancel sebab tak ada bahan.
yang ada cuma bahan-bahan untuk buat chocolate chip cookies je.
jom try! senang je ni..


bahan-bahan 
(untuk lebih kurang 30 pieces, tapi selalu i doubled the ingredients..so dpt dekat 60 pieces)


1 cawan tepung gandum
3/4 sudu kecil baking powder/soda bikarbonat
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan butter/marjerin
1/2 cawan gula perang (blended)
1/3 cawan gula halus. (aku pakai gula kasar tu je..tapi blended la.)
1 cawan choc chips
*kalau yang tak suka manis boleh kurangkan sikit gula perang. macam aku guna 1/3 je.


mula-mula sekali campurkan tepung, baking powder and garam tu pastu ayak.
dalam bekas lain, pukul marjerin, gula perang, gula halus dengan esen vanila sampai kembang.esen vanilla tu guna dalam 1 sudu kecil je.
lepas dah sudah..masukkan campuran tepung tadi dan kacau rata. last sekali masukkan chocolate chips.
inila rupa dia. kalau nak nampak lagi menarik, boleh tambah chocolate powder.

letakkan 1 sudu kecil adunan atas baking sheet, (guna baking tray yang disapu marjerin pun boley ^.^)
jarakkan adunan dalam 1.5 ke 2 inci sebab nanti cookie ni kembang.


suka hati la nak buat kecik or besar. tapi aku prefer kecik-kecik sebab cumil je nanti. :)

bakar dalam oven samapi warna dia jadi golden brown.
biar cookies selama 3 minit sebelum di alih dari tray sebab masa panas, cookie ni lembut lagi.
 abaikan yang dah terhangus tu..haha

at last..dah siap your own chocolate chip cookies. senang je kan? :))


selamat mencuba. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...