::my followers::

Monday, May 21, 2012

ada apa dengan bulan Rejab?

assalamualaikum!


hari ni ialah hari terakhir dalam bulan Jumadilakhir. bulan ke 6 dalam kalendar Hijrah. esok menyusul pula bulan Rejab. apa yang istimewa dengan bulan Rejab ni? Rejab ialah bulan ke 7 dalam Islam yang bermaksud mengagungkan dan membesarkan. menurut sejarah, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. pada bulan ini dilarang sama sekali berperang dan pintu Kaabah dibuka. walaubagaimanapun, setelaah kedatangan Islam sebahagian amalan tersebut tidak lagi dilakukan kerana seperti sabda Rasulullah SAW :



"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam"
                                                                                                    (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



terdapat beberapa peristiwa penting dalam Islam yang berlaku pada bulan Rejab seperti: 
  • hijrah pertama orang Islam
  • peristiwa Israk dan Mikraj
  • peperangan Tabuk
  • pembebasan Baitulmaqdis
  • lahirnya Imam Syafie RH
bulan Rejab ni memang istimewa sebab ia merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah. ibadat sunat yang feymes sepanjang bulan Rejab ialah berpuasa.
  1. puasa satu hari - seperti berpuasa selama 40 tahun dan mendapat keredaan Allah S.W.T serta syurga tertinggi.
  2. puasa dua hari - mendapat kemuliaan daripada Allah S.W.T dan dilipat kali gandakan pahalanya.
  3. puasa tiga hari - dijauhkan dugaan dunia dalam hidupnya dan dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.
  4. puasa empat hari - diselamatkan daripada seksaan Akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
  5. puasa lima hari - aman dari azab kubur.
  6. puasa enam hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka yang bercahaya.
  7. puasa tujuh hari - Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya.
  8. puasa lapan hari - Allah membuka lapan pintu syurga baginya.
  9. puasa sembilah hari - keluar dari kuburnya dengan menyeru "Laailahailallah" dan tidak ditolak dia daripada memasuki pintu syurga.
  10. puasa sepuluh hari - Allah memperkenankan semua permintaannya dan dijadikan hamparan di titan Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
  11. puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti berpuasa 3 000 tahun.
  12. puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti berpuasa 10 000 tahun.
  13. puasa 15 hari - Allah mengampunkan dosa-dosa yang lau dan digantikan segala amal kejahatan dengan kebaikan.
  14. puasa lebih 15 hari - Allah menambah pula pahala amalannya berlipat kali ganda lagi.
  15. orang yang berpuasa pada bulan Rejab di syurga kelak akan diberi minum dari air sungai yang bernama Rejab dimana airnya lebih putih dari air susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji.
  16. dalam bulan lain Allah berikan sepuluh kebajikan bagi setiap amalan kebaikan tapi dalam bulan Rejab Allah berikan 70 kebajikan bagi setiap satu amalan kebaikan.
that's it kawan-kawan. banyakkan kebaikan dan 'peluang' yang ada untuk kita. tapi kita selalu lalai. mohon Allah sentiasa bukakan pintu hati kita.
SUMBER:
http://enamanja.tripod.com/a9c.htm
http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=617&Itemid=1
http://www.ppdjasin.edu.my

2 comments:

Ira Prelova said...

akak puasa tak ni?hahahaha

cIk cUmIe said...

semalam puasa laa. hari ni tak. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...