::my followers::

Wednesday, December 12, 2012

Resepi Kuah Yong Tau fu

assalamualaikum! 

first week kembali ke alam universiti yang agak chaotic. I'll update about it later. tapi hari ni nak update pasal resepi yong tau fu yang kita buat sebelum balik ke kampus ni. hehe
berbunga-bunga hati bila ramai yang cakap sedap macam kat pasar malam. :D


bahan-bahan rebusan :)

kuah yong tau fu saya masih di atas api


sempat packing kan dua tupperware yong tau fu untuk inche jimmy dengan my bestie. 


kita guna resepi dari website myresepi and cara-cara masaknya dari blog JintanManis. lepas tu ada la edit-edit sikit ikut citarasa anak tekak saya dengan family. 

Kuah Yong Tau Fu - Resepi asal oleh Kak Minami Myresipi

Bahan-bahannya:

10 tangkai cili kering (saya guna 13 tangkai nak bagi pedas)
gula melaka atau gula merah
bijan goreng (tak letak, saya ganti dengan kacang tumbuk)
gula (kalau kurang manis)
garam
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
sedikit ajinomoto (saya tak letak)
Sedikit sos tiram dan kicap manis

Cara-cara:

1. Goreng cili kering seketika, angkat dan ketepikan, rebus gula merah bersama sedikit air, pastikan gula merah betul-betul larut.
2.Setelah gula merah mendidih angkat dan tapiskan, kemudian masukkan cili kering yang siap digoreng tadi bersama air gula melaka serta belacan di dalam blender, blender hancur.
3. Curahkan bahan yang di kisar tadi di dalam kuali yang berisi minyak bekas gorengan cili kering tadi, masak hingga mendidih, kacau sebati dan masukkan garam.
4. Untuk pekatkan kuah, masukkan bancuhan tepung jagung atau tepung kanji kentang ( katakuriko). Bila dah pekat tu bolehlah masukkan kacang tumbuk.

Tips-tips tambahan dari ros@jintanmanis.com

1. Pastikan menggunakan api yang  kecil, dan jangan sesekali guna api yang kuat untuk menggoreng cili kering.
2. Sentiasa di kacau selalu cili kering yang sedang digoreng, dan jangan goreng cili terlalu perang atau jangan dibiar sampai cili menjadi hitam. kalau cili terlalu perang atau gelap warnanye, kuah yong tau fu akan menjadi pahit.
3. Belacan yang digunakan kalau boleh bakar sedikit, baru di kisar dengan bahan yang lain.
4. Air gula merah perlu ditapis dahulu dan pastikan gula merah mendidih dan larut sempurna.
5. Tambah kan 1 atau 2 sudu kecil minyak bijan dalam kuah supaya kuah menjadi wangi dan membuatkan kuah menjadi lebih sedap.
6. Kuah jangan terlalu cair, biarkan pekat sedikit kerana bila kita campurkan bahan-bahan sampingan yong tau fu yang telah direbus, kuah akan menjadi cair sedikit, kerana bahan yang telah direbus akan mengandungi air.

Saya guna sosej, jejari ketam, kek ikan, bebola ikan, kangkung, tauhu kering dan lain-lain mengikut selera masing-masing.

selamat mencuba. :)

Tuesday, November 27, 2012

Cik Lyeen's Giveaway

assalamualaikum!

hari ini saya join GA lagi. terima kasih Rai sebab tag saya. :)


uolls kalau nak join sila ke sini ye. :D

HADIAH-HADIAH
Tudung Bawal Balqis/Roses | Syria Balqis/Roses | Shawl Half Moon Sakura | Shwal Half Moon Rose | Shawl Tiara | Shawl Sophie | Tudung Chiffon | Tudung Bawal Pelangi |Tudung Bawal Checkers | Tudung Bawal Beads | Tudung Bawal Printed | Syria Chiffon | Pashmina | Inner
klik sini kalau nak tengok hadiah.
SYARAT-SYARAT
  1. follow blog penganjur dan like pages para-para sponsor
  2. *ramai tau sponsor GA ni*
pemilihan pemenang dalam banyak kategori. so peluang nak menang tu memang tinggi. 

okay. so kat sini saya nak tag:
sekian. :)


Saturday, November 24, 2012

own labelling for my stuff :)

assalamualaikum!

selalu korang label barang korang guna apa? stiker nama? tempah kat shopping complex?
printout sendiri lepas tu gam dengan cello tape? hee..tu semua I dah pernah buat. tapi sekarang aku print out sendiri je. sebagai student yang macam saya ni, memang selalu barang hilang sebab nanti orang tu nak pinjam lah, orang ni pinjamlah so nak tak nak kena la letak tagging nama dekat semua barang hak milik saya. dah 1 sem dah guna tagging ni and all my fellow studio mates and classmates dah tahu dah siapa punya barang kalau ada tagging pink ni. aku ada buat jugak untuk inche jimmy tapi dia punya warna hitam putih. :D


sticker paper got it from popular.  and voila..
labels with my name.
 :)

all you guys need are just:
microsoft word, photoshop any other editing software. depends.
sticker paper ( boleh dapat dekat kedai alat tulis)
printer
cutter and pembaris besi


  1. aku punya ni guna word je. haha. sebab malas nak buka adobe photoshop and I just want it to be simple but adorable. 
  2. untuk label tu aku guna square tool. size dia dalam 4cm length x 1cm height.
  3. insert text apa-apa yang korang suka. mine guna ayat gedik "cumie punye :)" hahaha
  4. lepas tu print out je atas sticker paper. 
  5. bab nak potong ni kena hati-hati.
  6. jangan potong terus. potong ikut line box-box tu je sebab nanti senang korang nak tanggalkan sticker tu.
  7. bab potong ni kena sabar and teliti. :)


tu je steps dia. saja menggedik nak cerita kat sini. hahaha. dapat idea bila tengok ada member tu print out logo company dia untuk project ETR300 dulu. sekian. :)

p/s--> i  just love cute things.

Friday, November 23, 2012

final semester

assalamualaikum!

hari ni aku tak ada idealah nak update so aku nak share assignment aku sem lepas yang berbentuk resume dengan design portfolio. saja je nak eksen kat junior-junior. hahaha..takdelah..before aku nak esaimen ni dulu jenuh meraba-raba nak carik guidelines. so i guess this could be some guidelines and benchmark to my juniors yang bakal ambil subjek LA Practice ni. hehehe.


kat atas ni adalah contoh resume aku. sebab course aku ni course tentang design so lecturer pun nak resume yang ala-ala designer sikit. jenuh jugak la google sana-sini carik inspirasi. tapi tiba-tiba datang idea nak buat resume ala-ala postcard. sebab masa tu jealous kawan aku dapat postcard dari Paris. tak memasal dapat ideakan? hihi..tapi butir-butir dalam tu dah selamat aku ubah dengan jayanya. *siapa nak dedahkan maklumat peribadi dekat umum kann?*

kat bawah ni pulak compilation of my artworks dalam bentuk design portfolio. amaran: sila abaikan cover depan yang sama dengan skin blog ni. aku tunjuk ni random je tau. taklah semua nak tayang kan sini kan. hehe



terrarium punya project untuk subjek Horticultural Practice masa part 2. kitorang batch last ada subjek ni. junior-junior semua dah tak ada subjek ni. seronok gila wa cakap sama lu. belajar buat terrarium, trellis dengan bonsai :D


ni brochure untuk site design process untuk studio part 3. brochure pasal proses yang terlibat dalam design dari bubble diagram sampai la ke final documentation.  


model making rooftop garden  untuk subject Construction I. kat bawah ni board dia. from concept to master plan and section. mine guna concept the sweet escape. mini library atas rooftop. bestnya kalau betul-betul ada. :D



ni masa part 1. huu..sakit nak siapkan satu drawing A2 ni. mula-mula masuk dah terpaksa jadi zombie. masa nilah nak adapt life as a LA student. ni pun last buat A2 size drawings. junior sekarang buat A3 je. so unfair. hahaha



dah. ni back cover je pun. saje nak tunjuk jugak. hihi. okay..supposedly aku dah grad dah. tapi sem depan kena kembali ke sana untuk final studio. yup..studio part 6 sahaja. means aku dah part 7. studio life ni ada up and down dia. so i've been in the downs so now I'll be in the ups. failed masa studio part 1. so I can't go on to the next studio sebab subject core ni dia prerequisite. siapa yang studio base tu pahamla. aku tak ada masalah dengan subjek lain pun. studio sahaja yang aku paling sayanggg. aku tak lepas dari part 1, tapi ada jugak yang dah final year tiba-tiba tak lepas. lagi sedih. on the bright side, cgpa makin naik. i did improve myself and then i met inche jimmy. :)
selalu ingat pesan lecturer yang once being a repeater too. dia pesan, 
jangan sedih sebab rezeki orang lain-lain. mungkin awak tak lepas sebab kami tahu awak boleh buat lagi bagus kalau awak betul-betul faham. awak nak kalau saya lepaskan awak untuk benda yang awak sendiri tak faham? and how would you survive then?
lagipun rektor kata..student yang extend ni selalunya otai. kahkahkah.

p/s--> untungla budak kos lain failed tapi boleh ambil shortsem and grad on time. to those extend student macam aku. jangan sedih. there's a silver lining among each cloud. 

Wednesday, November 21, 2012

Simple Mini Apple Pie

assalamualaikum!

hari ni saya nak share ilmu yang baru saya belajar tadi. haha..ilmu apa? ilmu buat apple pie yang sedap. :D


comel kan. macam patrick. hehe
learning is about mistakes and experiments. last time saya buat apple pie. saya guna resepi biasa yang rakyat Malaysia selalu guna. yang masak buah epal dengan gula dalam kuali tu. and the result is buah epal tu dah tak crunchy. so I tried original mat salleh punya resepi.

and they turned out so good. kulit pie pun tak keras sangat. macam makan tart nenas tapi keras sikit. tart nenas tu lembut sangat. pegang pun relai. lepas tu filling dia pun crunchy.


lepas keluar oven, chefnya dah try dulu. sangat tak sabar. haha

fillings: (translated and edited from Apple Pie for Two)

2 biji epal hijau/merah dipotong dadu
1 sudu kecil tepung gandum
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
secubit garam
1 sudu kecil jus lemon (mine guna jus limau kasturi je)
1/4 cawan gula (saya mix gula perang dengan putih)

cara-cara:

  1. campurkan semua dalam bekas besar dan gaul hingga sebati.
  2. ketepikan atau simpan dalam freezer.


crust: (translated and edited from Apple Pie Recipe)

1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan butter
1/4 cawan air sejuk (betul-betul sejuk dari freezer)
1 sudu kecil gula (saya tambah sendiri)

cara-cara:

  1. ayak tepung dengan garam dan masukkan dalam besen besar.
  2. masukkan gula dan butter. uli sampai jadi macam serbuk roti.
  3. bila dah rasa sebati, masukkan air sejuk. masuk satu sudu je dahulu. uli lagi.
  4. ulang step 3 sampai rasa doh dah tak melekat dan permukaan besen anda tak ada kesan doh. 
  5. (air sejuk tu tak habis pun tak apa. aku punya guna dalam 4 sudu besar je pun. :p)
  6. simpan doh dalam bekas kedap udara dan sejukkan dalam peti selama 4 jam. (tapi sebab aku tak sabar nak buat. aku perap 2 jam je. :p)
bila dah siap doh and fillings, boleh mula buat pie. cara-caranya: 
  • saya guna baking tin muffin yang 6 ketul tu. cari penerap kuih raya yang anda ada dalam simpanan. mine guna bulat besar yang untuk buat donut tu dengan acuan bintang.
  • canai doh mengikut ketebalan yang anda idamkan. lepas tu terap acuan bulat tu and isikan dalam muffin cup. tekan elok-elok supaya dia tak koyak. 
  • sebelum tu griskan muffin tin tu dengan butter untuk elak melekat selepas bakar.
  • bila dah siap terap untuk dasar pie, letak filling. ikut suka komelah ye. 
  • kemudian buatlah kulit atas dia macam mana pun yang anda suka. 
  • saya susun doh bentuk bintang tu je untuk nampak comel. kalau nak bagi kat boyfriend buatlah bentuk hati. bhahaha. *gurau je* 
  • lepas tu ambil kuning telur dan sapu di atas.
  • bakar dalam oven dengan suhu 200 degree celcius selama 20 minit atau sehingga kulit atas dia kekuningan dan filling dia bubbling. 

sekian. kalau bagi bakal mak mentua rasa mesti lulus. hahaha. gatai.  :D

p/s--> resepi ni dapat 6 ketul mini apple pie. kalau nak buat banyak gandakan lah sendiri je. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...