::my followers::

Thursday, November 3, 2011

mulut orang bukan macam mulut tempayan kita boleh tutup-tutup

KAHWIN HANTARAN MURAH ♥ "ish! murahnya hantaran dia, ni mesti sengkek ni!"

KAHWIN HANTARAN MAHAL ♥ "ish! mahalnya? nak jual anak apa?"

KAHWIN UMUR MUDA ♥ "ish! muda-muda dah kawen, ini mesti ade buat benda tak baik ni... tah-tah dah termengandung!"

KAHWIN UMUR LAMBAT ♥ "ish! dah tua baru nak kawen, tu la muda-muda tak nak kawen, org da beranak-pinak dia br nak kawen... tak laku kot!"

KAHWIN BUAT MAJLIS KECIL ♥ "ish! ni kawen ke ape? kedekutnya, makanan pun ntah pape bukan selalu, buatlah besar sket!"

KAHWIN BUAT MAJLIS BESAR ♥ "ish! besarnye majlis... kalah anak DATUK. nak berlagaklah tu, macam anak die je nak kawen kat dunia ni!"

BERSANGKA BAIKLAH, JANGAN DENGAR KATA ORANG, DENGAR KATA ALLAH! HIDUP INSYAALLAH BAHAGIA. NAK KAHWIN TAK SUSAH TAPI MEREKA DAN KITA YANG BUAT KAHWIN JADI TERSEKSA!






terjumpa karangan ni dekat mukabuku salah seorang kawan sekolah. aku suka sebab memang mencerminkan masyarakat sekarang. semuanya tak kena dekat mata orang. memang la susah untuk selalu bersangka baik. tapi kalau tak boleh nak bersangka baik..tak payah cerita pasal apa yang kau fikir tu dekat orang lain.

pernah tak main permainan yang sampaikan pesanan tu? alaaa..selalu main game ni kalau ada kursus kepimpinan or kem apa-apalah. akan ada satu orang beri pesanan pada kepala. lepas tu kena main bisi-bisik sampai la pesanan tu dapat pada orang terakhir. ikutlah berapa orang yang ada pun. tapi biasa lebih dari sepuluh orang. lepas tu cuba dengar ap pesanan yang dibisik-bisik kan tadi. sumpah jadi lain weyh. macam yang aku pernah main dulu 
fakta asal: anak Pak Ali kahwin lagi. 
akhirnya jadi : Pak Ali kahwin lari.  =.=

erk..biasalah kan, bila dah dari mulut ke mulut, mesti la ada unsur tokok tambah. sampai jadi cerita yang kadang-kadang langsung tak betul. dari fakta terus jadi auta.  

jangan sangka yang tidak-tidak!

p/s--> bersangka baiklah kamu. :)

2 comments:

ummi sumayya said...

PAK ALI KAWIN BERLARI LARI .. wiwieet !! :DDD

cIk cUmIe said...

hahaha..itu pon boley.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...